Tuesday, December 30, 2008

Bersama Kita Melangkah, Bersama Kita Merubah

Sesungguhnya masa 9 bulan belum membolehkan seseorang menilai keupayaan Kerajaan Negeri secara menyeluruh. Apalagi dalam melaksanakan tawarannya kepada rakyat. Dalam tempoh ini, kita ingin bersama rakyat mengetahui apakah yang telah dibuat 9 bulan berlalu dan apakah yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dalam tempoh lima tahun mendatang.

Menyemak 9 bulan pemerintahan, nampaknya sebahagian mantan pemimpin kerajaan lama terus-terusan menabur fitnah kepada rakyat betapa rapuhnya kepimpinan kerajaan Perak hari ini. Isu survival Melayu dan Islam dipinggirkan, ujudnya perjanjian pangkor II dan keghairahan mereka untuk memerintah semula kerajaan negeri Perak tidak mempunyai asas sama sekali.

Pemikiran seumpama ini jelas menunjukkan betapa sempit dan dangkalnya fikrah mereka. Sebenarnya apa yang mereka bimbang ialah apabila kuasa-kuasa pemimpin mereka semakin terhakis. Ketuanan Melayu dan Islam akan akan dipertahankan oleh kerajaan pakatan . Kita yakin umat Melayu akan terus unggul sekiranya mereka berpegang teguh kepada Islam.

Kita ingin menegaskan bahawa rakyat negeri Perak telah menghukum para pemimpin sebegini kerena mereka memiliki sejumlah watak kesombongan, tidak sedar diri, amanah kepimpinan dikhianati, dan sentiasa menjadikan rakyat sebagai alat untuk nafsu pengekalan kuasa mereka sebelum ini. Menyedari hakikat ini rakyat mendokong kerajaan perak. Sokongan rakyat Perak merupakan satu isyarat yang sangat jelas betapa UMNO bukan lagi menjadi pembela kepada rakyat.

Sepatutnya mereka mestilah menerima kenyataan dan insaf betapa gagalnya mereka terhadap ujian kepimpinan sejak 50 tahun yang lalu.

Kini tidak perlulah kita gundah gulana, dan bernostalgia. Situasi sudah berubah. Rakyat hari ini berfikiran terbuka. Mereka sudah memandang jauh kehadapan. Mereka ingin melihat satu perubahan baru daripada kerajaan Negeri Perak – kerajaan pakatan rakyat. Kita yakin umat Melayu akan terus unggul sekiranya mereka berpegang teguh kepada Islam. Hari-hari berikutnya sudah tentu kerajaan negeri Perak berusaha mengujudkan sebuah model urus tadbir dan pembangunan insan kepada Tuhannya dan kebaktian insan kepada rakyat yang dibangunkan.

Keyakinan kita kepada kerajaan hari ini terletak kepada peringatan Allah yamng terungkap dalam Al Quran:

“Dan jika sekiranya penduduk sesuatu negeri itu BERIMAN dan BERTAQWA, nescaya akan Kami bukakan seluas-luasnya kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan ( ayat-ayat kami ) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya.” ( Al-A’raaf: 96 )