Tuesday, July 28, 2009

Nizar: Isu Lilin tidak perlu jadi kontroversi ulama

by : bumiperak

SUNGAI SIPUT 28 Julai 09. Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak Dato Seri Mohd Nizar Jamaluddin berkata tindakan memegang lilin bagi mengingati kematian Setiausaha Politik kepada Exco Selangor, Teoh Beng Hock sepatutnya tidak dijadikan isu para ulama dan cerdik-pandai Islam kerana banyak lagi isu besar lain yang lebih sesuai dan layak untuk dikeluarkan fatwa.

Ujarnya banyak lagi perkara-perkara besar dan jauh lebih khurafat yang perlu diberi penekanan oleh golongan mufti atau cendikiawan Islam berkaitan fatwa. Seharusnya Fatwa diwujudkan berkenaan amalan rasuah, hukum ISA atau tidak memakai tudung wanita Islam.
Beliau berkata demikian di Majlis Pelancaran tabung ekonomi asrama anak-anak yatim dan miskin Nurul Ihsan, Sungai Siput.

Tambahnya, tindakan yang dilakukan (pegang lilin) sebagai menghormati budaya mendiang Teoh dan bukan amalan kerap dilakukan. "Jika hendak dikaitkan dengan Fatwa, terlalu banyak yang boleh kita persoalkan. rampasan kuasa, acara hiburan yang diluluskan, apa hukumnya" katanya. bp

Saturday, July 25, 2009

Demo ISA:Pertembungan 2 gelombang 'huru-hara'..?

by : Perisik Rakyat

Demonstrasi serentak dua kumpulan berlawanan pendirian - penentang dan penyokong Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) - pada 1 Ogos ini dibimbang boleh "menimbulkan huru-hara", kata Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa).

"Bila Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) – dua kumpulan yang berbeza pendirian mengenai ISA – mengadakan perarakan pada masa dan hari yang sama, mungkin akan berlaku huru-hara," kata Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali.

Beliau diminta menjelaskan kenyataannya seperti dipetik Berita Harian semalam bahawa Perkasa dan NGO lain akan berarak mempertahankan akta itu "walaupun boleh menimbulkan huru-hara."

Jika kumpulan penentang akta itu meneruskan Himpunan MANSUH ke Istana Negara, Ibrahim menegaskan, Perkasa akan turut serta bagi menyatakan sokongan terhadap akta itu.

"Perkasa akan turut serta kalau ia (demonstrasi anti-ISA) tidak dibatalkan atau pihak polis mesti ambil tindakan tegas (kepada mereka)," katanya, seorang bekas tahanan akta itu sebanyak dua kali.

Tambahnya, GMI seharusnya menunggu tindakan lanjut kerajaan untuk menyemak akta kontroversi tersebut - seperti dijanjikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sewaktu mengambilalih teraju kepemimpinan negara awal April lalu.

"Kerajaan sudah umum akan kaji ISA, apa perlu perhimpunan ke Istana Negara.

"Tunggu sehingga kerajaan pinda atau bagaimana (keputusannya), baru boleh kemuka bantahan," katanya melalui pesanan SMS kepada Malaysiakini hari ini.

Ribuan penyokong pembangkang dan aktivis 83 NGO bersama GMI akan bergerak mulai 2 petang dari tiga lokasi – kompleks membeli-belah Sogo, Masjid Jamek dan Masjid Negara – dengan berpakaian hitam dan merah.

Sementara penyokong ISA bersama Pewaris bersama lebih 10 NGO Melayu merancang perhimpunan bertemakan "1Malaysia, Selamatkan Malaysia, Kekalkan ISA dan Pertahankan Hak Keistimewaan Orang Melayu" di tiga lokasi di tengah Kuala Lumpur sebelum bergerak ke Dataran Merdeka pada 1 tengah hari.

Mulai 11 pagi, mereka yang berpakaian putih dijadual berhimpun di Pasar Seni, Masjid Negara dan Padang Merbok, sebelah Bank Negara, sebelum menurunkan tandatangan di atas kain rentang gergasi sepanjang 200 kaki di dataran tersebut dan kemudian berarak ke Istana Negara.

Dalam perkembangan terkini, Pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh berkata pihaknya akan mengerahkan 1,000 petugas Unit Amal PAS untuk mengawal keselamatan dan peserta Himpunan MANSUH bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.
























Sumber - malaysiakini

Pengliporlari - Jangan silap masuk kumpulan... Jangan tengok saje peta tu,pastikan warna baju kumpulan anda macam sukan sekolah... pada yang rabun warna sila dapatkan bantuan FRU atau
Polis berpakaian preman untuk tunjukkan jalan ke kumpulan masing-masing..!

Siri ceramah:Rakyat Didahulukan..!




















Ceramah Umum, Majlis Aqiqah & Ceramah Isra' Mikraj

Ceramah Umum

Penceramah - Nik Abduh Nik Aziz (EXCO Pemuda PAS Pusat)
Hari/Tarikh - Ahad 26hb. Julai, 2009
Waktu - 9:00 pm
Tempat - Jalan Mawar 33,Taman Mawar, Pasir Gudang, Johor

Majlis Aqiqah, Kenduri dan Ceramah Isra' Mikraj.

Penceramah - Ustaz Razali Jamil Al-Hafiz
Hari/Tarikh - Ahad 26hb. Julai, 2009
Waktu - Selepas Solat Isyak
Tempat - PASTI Jalan Nenas 10, Taman Kota Masai, Pasir Gudang, Johor

Semua Dijemput Hadir

Muhyiddin Cari Formula Tawan 1Malaysia

by : Perisik Rakyat

Muhyiddin - Ahli-ahli UMNO perlu menyambut gelombang positif yang melanda parti ketika ini dengan mencari formula segera untuk menawan hati rakyat supaya UMNO kembali menjadi peneraju perubahan dalam memenuhi aspirasi mereka.
Formula..?

Meh nak bagi formula... kasi bikin yang ni dulu, kurang-kurang dapat tarik 10% pengundi Pakatan Rakyat.

1 - Bukak balik kes Memali, dedahkan apa yang berlaku sebenarnya kepengetahuan 1Malaysia, bicarakan semua yang terlibat, hukum mana-mana yang bersalah kemudian bela nasib waris-waris dan keluarga Tragedi Memali.

2 - Bukak balik kes rogol gadis bawah umur di Melaka yang membabitkan Rahim Thamby Cik. dedahkan apa yang berlaku sebenarnya kepengetahuan 1Malaysia, bicarakan semua yang terlibat, hukum mana-mana yang bersalah kemudian bela nasib gadis yang jadi mangsa dan keluarga Nenek gadis tersebut.

Jangan lupa untuk bawa kambing hitam dalam kes tersebut dan minta mereka ceritakan kisah sebenarnya.

3 - Siasat semua 900 laporan rasuah UMNgOk dan dedahkan pada umum hasil siasatan. tapi yang tukang siasat tu mestilah terdiri dari mereka-mereka yang berkelayakan dari 4 parti utama di 1Malaysia... mesti ada wakil dari PAS, PKR, DAP dan UMNgOk.

Mana-mana yang bersalah, 1Malaysia nak tengok mereka dihukum..!

Bikin yang ni dulu TPM... kalau yang ni pun lu tak dapat bikin, lu punya suka... lepas PRU-13, boleh rasa jadi "PEMBANGKANG..!"

Thursday, July 23, 2009

UMNO Perak Bergaduh..! Lanyak Jangan Tak Lanyak..!



Satu sumber berita telah melaporkan UMNO Grik telah mengambil satu tindakan protes terhadap UMNO negeri Perak dengan menggantungkan bendera UMNO setengah tiang tanda berkabung dan lebih tepatnya ialah tindakan boikot dan tidak puas hati terhadap Menteri Besar Datuk Seri Dr. Zambry Kadir.

Menurut sumber itu lagi, Umno Perak kini telah terbahagi kepada dua iaitu antara UMNO kumpulan Dr. Zambry dan UMNO kumpulan Datuk Seri Tajol Rosli yang dilaporkan bergolak dan berpecah.

Sumber - Cendawan MALAYA.

Maka aku pun menjelajah keblog nada rakyat.

Lapor nada rakyat pula...

Umno Perak Berpecah?

Wednesday, July 22, 2009

Berapa Banyak "Korban" Perlu Sebelum Kita "Sedar"..?

By: Perisik Rakyat

Setelah 2 tahun menjadi penulis kolum ini, ini adalah kali pertama saya menulis dengan hati yang penuh kesedihan dan kesusahan.

Pada 16/07, saya telah menerima sms mengenai kes kematian Beng Hock di pejabat MACC, saya tidak dapat mempercayainya dan telah medapatkan kesahihan berita tersebut melalui telefon... Pada petang 15/07, Beng Hock telah dibawa ke pejabat MACC untuk siasatan peruntukan ADUN Seri Kembangan, saya terfikir, ini adalah peluang keemasan bagi saya untuk mengetahui "rahsiah" bagaimana mereka menjalani sesuatu siasatan dengan menemui Beng Hock selepas beliau dibebaskan.

Namum tidak sampai 24 jam, saya tidak berpeluang lagi untuk menemui Beng Hock.

Saya, begitu juga dengan orang ramai, tidak dapat menerima berita kematian Beng Hock dan timbul pelbagai pertanyaan mengenai bagaimana, mengapa, kenapa kematian Beng Hock.

Sebelum ini, Saya sering bertemu Beng Hock di aktiviti tempatan kerana beliau berkhidmat di Seri Kembangan (Penolong ADUN Seri Kembangan, Eun Yang), maka dengan adanya peluang itu, hubungan kita menjadi semakin rapat, mungkin faktor sebaya juga mendorong kepada itu. Beng Hock adalah remaja yang penuh dengan semangat, kenapa dia harus membunuh diri sedangkan dia telah bercadang untuk bertunang dengan teman wanitanya dan siasatan juga tidak tuju kepadanya.

Terdapat pelbagai soalan yang timbul dari kes ini dan saya tidak mahu berhurai panjang lagi kerana saya menggap media telah memberikan laporan yang lengkap mengenainya. Kes kematian ini adalah berlaku di Bangunan MACC dan masa beliau disiasat oleh MACC, maka bukan caranya untuk MACC menolak tanggungjawab tersebut dengan menjawab mereka "Tak Tahu".

MACC yang sering melaungkan kata pembaharuan, apakah usaha yang telah dilakukan mereka untuk mencapai matlamat ini?Alasan yang diberikannya dalam kes Beng Hock sudah cukup menunjukkan "usaha" mereka.

Bukan susah nak cari kes-kes di Malaysia, beberapa contoh disini, laporan kes kugan yang mati di lokap polis, kenapa laporannya penbedahan bertentangan antara 2 doktor? video lingam, apa kesudahannya? keruntuhan Stadium Terengganu, siapa yang perlu bertanggungjawab? kes Badan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) yang masih tidak diselesaikan? Laporan ketua audit negara?... Sekiranya salah satu daripada kes tersebut berlaku di negara lain, sudah pasti ia akan mengugat sesebuah kerajaan, tapi Malaysia, masih ada rakyat yang melihat isu ini tidak berkait dengan kehidupan harian mereka, dan mereka akan lupa selepas sesuatu masa.

Mereka yang tidak peka terhadap isu semasa inilah yang menyebabkan kes ini sering berulang di Malaysia, dan beberapa biji gula (hadiah) sudah memadai untuk mereka memaafkan/lupa kejadian ini.

Saya tidak dapat menghadiri upacara peringatan Beng Hock kerana berada diluar negara, saya cuma boleh menyeru supaya rakyat tidak sia-siakan pengorbanan seorang anak remaja ini. Pengorbanan ini sudah cukup dan kita tidak mahu satu lagi kes beng Hock daripada berlaku. Kepada Rakyat Malaysia, pekalah terhadap isu di sekitar anda, ubah penyakit mudah lupa itu, masyarakat kita perlukan satu pembaharuan.

Penulis SinChew Daily
Ling Guo Wen
http://opinions.sinchew-i.com/node/10796

Tuesday, July 21, 2009

Apa yang cuba dilakukan oleh SPRM di Selangor

By : Mat Saman Kati

Sebahagian dari anda mungkin merasakan bahawa video MACC Downfall Parody tidak sesuai ditayangkan. Maksud saya, kita sepatutnya menghormati beliau, bukan mempersendakan kematian beliau. Ya, ia merupakan satu keputusan yang sukar sama ada perlu atau tidak video itu sisiarkan. Tetapi kami melakukannya juga, bukan dengan niat untuk mempersendakan..tetapi untuk menyatakan keadaan yang sebenarnya berlaku disebalik kematiannya. Dan video tersebut menceritakan dengan jelas disebalik apa yang terjadi.

Bebarapa bulan lalu, sebaik sahaja selepas kejatuhan Perak, malaysia Today mendedahkan satu perancangan untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, Pulau Pinang dan Kedah. Malangnya, Pakatan rakyat tidak mengambil langkah-langkah untuk memperkuatkan Pakatan, sebaliknya terlibat dalam persengketaaan sesama sendiri. Dan kebanyakan daripada sengketa tersebut adalah soal-soal remeh yang melibatkan ego dan personaliti masing-masing.

Perak hanya lah permulaan, Selangor, Penang dan Kedah akan menyusul. Akhirnya, semua negeri dibawah Pakatan rakyat, kecuali Kelantan akan kembali jatuh ketangan Barisan Nasional.

Perancangan di Selangor mudah saja. Menteri besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dan beberapa EXCO yang lain akan ditangkap dan didakwa atas alasan-alasan rasuah. Mereka akan ditahan selama mungkin beberapa hari didalam lokap dan kemudiannya dibawa kemahkamah. Perbicaraan akan berlangsung sepantas kilat, dimana mereka perlu meletak jawatan atau pun hilang kelayakan. Dengan itu, tamatlah riwayat Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Modus Operandi yang dibuat sama dengan apa yang telah mereka lakukan terhadap Anwar Ibrahim pada tahun 1998. Seseorang itu tidak perlu menerima wang ataupun mendapat keuntungan kewangan untuk disabitkan dengan rasuah. Malah kalau pejabat anda digunakan untuk mengarahkan seseorang untuk melakukan sesuatu - walaupun tidak ada transaksi kewangan - itu pun boleh dianggap rasuah dan anda boleh dipenjarakan.

SPRM telah diarahkan untuk mencipta kes terhadap beberapa pemimpin Pakatan Rakyat Selangor. dari Menteri Besar hingga lah kepada Ahli EXCO. Dan untuk mensabitkan pemimpin ini dengan rasuah, pegawai-pegawai yang lebih junior akan ditahan dan dipaksa membuat kenyataan bahawa ketua mereka telah mengarahkan mereka ‘melakukan sesuatu’. Ini akan digunakan sebagai bukti untuk menangkap dan mendakwa pemimpin Pakatan Rakyat.

Perlu diingat, Anwar Ibrahim telah ditangkap, didakwa, didapati bersalah dan dipenjara selama 6 tahun dengan cara yang serupa! Apa yang perlu mereka lakukan ialah dengan mendedahkan bahawa Anwar telah mengarahkan Cawangan Khas untuk ‘campurtangan’ dalam siasatan polis. Dan itu sudah merupakan bukti yang kuat untuk menghantar Anwar ke penjara.

Semua ini terdedah semasa perbicaraan Anwar pada tahun 1998 walaupun ramai tidak memahami akibatnya waktu itu. Pegawai cawangan Khas memberi keterangan bahawa Anwar telah memanggil mereka kepejabatnya. Dan semasa didalam pejabat Anwar, mereka berbincang. Dan perbincangan tersebut berkisar tentang Anwar mengarah Cawangan Khas untuk memaksa Azizan Abu Bakar untuk menarik balik tuduhan liwatnya.

Setiausaha politik Anwar pada masa itu, Azmin Ali, memberi keterangan bahawa Anwar tidak memanggil pegawai cawangan Khas kepejabatnya. Mereka sebenarnya datang kepejabat Anwar dan memohon untuk berjumpa Anwar. Azmin memberitahu bahawa Anwar sibuk dan tidak dapat menemui mereka tetapi mereka memberitahu Azmin bahawa perkara itu penting dan mendesak supaya mereka dibenarkan berjumpa Anwar.

Dan apabila mereka berjumpa Anwar, mereka cuba untuk mempengaruhi Anwar untuk membenarkan mereka menahan azizan supaya mereka boleh menyoalsiasat dan mengetahui siapakah ‘kuasa’ dibelakang tuduhan liwat tersebut. Tetapi Anwar keberatan untuk membenarkan mereka dan memberitahu bahawa dia memerlukan masa untuk memikirkannya.
Anwar kemudiannya berjumpa dengan Perdana Menteri, Dr. mahathir dan meminta nasihat. Mahathir menasihatkan Anwar untuk membiarkan saja tuduhan tersebut. Mahathir mengatakan, kalau Anwar mahu bertindak pada setiap tuduhan, mana mungkin mampu melakukan kerja-kerja yang lain.

Pegawai Cawangan Khas kembali menemui Anwar dan Anwar memberitahu mereka apa yang dikatakan oleh Mahathir. Pegawai cawangan Khas, walaubagaimanapun, berkeras meminta Anwar membenarkan mereka menahan Azizan. Perkara ini melibatkan ‘keselamatan negara’. Ia bukannya tentang Anwar tetapi tentang ‘beberapa kuasa’ yang merancang untuk menjatuhkan Timbalan Perdana Menteri dan adalah penting untuk polis mengetahuinya demi keselamatan negara.

Akhirnya Anwar tidak mempunyai pilihan melainkan bersetuju.

Isunya mudah. Adakah Anwar mengarahkan Cawangan Khas kepejabatnya atau mereka yang datang berjumpa Anwar? Dan adakah Anwar yang mengarahkan mereka menahan Azizan atau Cawangan Khas yang meminta kebenaran untuk menahan Azizan?

Anwar and Azmin said it was the Special Branch officers who came to Anwar’s office and it was they who insisted that they meet Anwar. Anwar did not summon them to his office. And Anwar did not agree for them to arrest Azizan. It was the Special Branch that insisted Anwar allow them to arrest Azizan. But before they could do that Anwar would first have to make a police report.

Anwar dan Azmin memberitahu bahawa pegawai Cawangan Khas yang datang kepejabat Anwar dan merekalah yang mendesak untuk berjumpa Anwar. Anwar tidak menjemput mereka dan Anwar tidak bersetuju untuk mereka menangkap Azizan. Sebenarnya, Cawangan Khas lah yang mendesak untuk membenarkan mereka menahan Azizan Tetapi sebelum mereka melakukan perkara tersebut, Anwar perlu membuat laporan polis terlebih dahulu.

Mahkamah menerima hujah Cawangan Khas, bukan hujah Anwar dan Azmin walaupun semasa perbicaraan, pegawai Cawangan Khas menyatakan bahawa mereka sanggup menipu kalau diarahkan berbuat demikian. Apapun, Anwar didapati bersalah dan dihantar kepenjara.

Tak susah untuk menghatra seseorang kepenjara kerana rasuah. Apa yang diperlukan ialah untuk mendapatkan seseorang untuk memberi keterangan bahawa seseorang telah mengarahkan dia untuk ‘melakukan sesuatu’. Dan sekiranya ’sesuatu’ itu dianggap menyalahgunakan kuasa, seseorang itu boleh dipenjarakan.

SPRM mahukan Teoh berkata bahawa dia juga telah diarahkan untuk melakukan ’sesuatu’ oleh mereka didalam kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Sekiranya dia berkata sesuatu, maka SPRM mempunyai kes terhadap pemimpin Pakatan Rakyat. Dan mereka mahukan semua ini dilakukan dengan cepat. Ianya mesti diselesaikan sebelum Jumaat kerana itu merupakan hari dimana Tan Sri Khalid dan beberapa ahli EXCO akan ditangkap.

SPRM terpaksa bekerja overtime. Tarikh akhir ialah Jumaat. Mereka mahukan Tan Sri Khalid ditangkap pada hari tersebut. Dan mereka akan melakukan kekerasan terhadap Teoh, jika perlu, untuk memaksa Teoh melakukan apa yang dimahukan oleh SPRM.
Dan didalam keghairahan mereka untuk memaksa Teoh…mereka membunuhnya. Saksi terpenting kini sudah mati. Dan mereka tidak dapat menangkap Tan Sri Khalid dan ahli-ahli EXCOnya pada hari Jumaat seperti yang dirancangkan.

Kini…SPRM terpaksa merancang kembali. Mereka kini memerlukan seorang ’saksi’ baru. Beberapa pegawai junior didalam Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor perlu ditahan sebagai saksi dan mereka akan dipaksa memberi keterangan bahawa mereka telah di’arahkan’ untuk melakukan sesuatu oleh ‘pemimpin tertentu.’ Kemudian, ‘pemimpin’ tertentu ini akan ditahan dan didakwa kerana rasuah. Ketika itu, Pakatan rakyat selangor akan digulingkan.

Ya…tontonilah MACC Downfall Parody sekali lagi. Ada banyak kebenaran dalam gurauan tersebut. Video tersebut mungkin lucu seolah-olah satu gurauan. Tetapi ia bukanlah sebenarnya lucu terutama dalam usaha SPRM untuk menumbangkan Pakatan Rakyat Selangor.

(Artikel ini adalah terjemahan dari artikel asal Raja Petra,”There is many a truth in the parody” di Malaysia Today.)