Thursday, April 7, 2011

SELAMAT NEGARA DAN RAKYAT

DARI PEMBERITAAN FASIK & BUDAYA FITNAH

ZULKIFLY HAJI IBRAHIM

Timbalan Presiden

Memacus Arus Perjuangan - MAP

Budaya Fitnah

Fitnah seks memang sudah lama didedahkan oleh Al Quran . Ia adalah pedoman dan pembimbing manusia mengenal diri, tanggungjawab dan siapa Tuhannya.Sebab itu kisah-kisah dalam al Quran harus digarap dan difahami demi mencari pengajaran dan teladan yang boleh dijadikan petunjuk pada semua masa dan persekitaran.Cerita Nabi Yusuf alaihi salam (a.s.) misalnya, amat relevan dengan kehidupan dahulu, kini dan selamanya. Kisah ini dan hubungannya dengan realiti sosial, ekonomi dan politik hari ini, menyerlahkan betapa serasinya al Quran ini digunakan untuk umat manusia di Malaysia membaca suhu politik, dan ragam kemanusiaan rakyat serta pemerintahnya.

Sesungguhnya manusia memang sukar menceraikan sikap dan perasaan dengki. Kedengkian ini lalu dijadikan konspirasi jahat yang dipelopori oleh beberapa individu tertinggi Negara. Isu Fitnah sek dengan keluarnya video lucah di Negara ini sudah sampai ke tahap paling menjijik dan memalukan rakyat dan Negara. Dewasa ini semacam dibenarkan ujudnya golongan yang beria-ia benar untuk menjadikan fitnah seks sebagai isu yang diberi tumpuan terpenting dalam Negara padahal terlalu banyak isu nasional yang lain dan yang lebih penting harus dibahaskan. Motifnya sangat jelas hanya semata menyerang peribadi yang didakwa sangat merbahaya sehingga peribadi beliau mahu dihina sedemikian rupa ?. Adakah ini memberi makna pihak parti yang memerintah sudah sebankrap ini sehingga fitnah lucah dijadi senjata.?

Bagaimana rakyat menghadapi budaya Fitnah

Dalam menghadapi keadaan politik yang mengeksploitasi isu peribadi, seperti isu video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, umat Islam dinasihatkan menyiasat dahulu kesahihan dakwaan itu. Perkara itu disepakati beberapa mufti negara ini, termasuklah Dr Juanda Jaya (Perlis), Datuk Tamyes Abd Wahid (Selangor) dan Datuk Mohammad Shukri Mohammad (Kelantan) dan Tan Sri Haji Harussani Haji Zakaria, Mufti Perak .

Berasaskan kepada nas al quran “ apabila datang berita daripada orang fasik, perkara itu hendaklah diselidiki terlebih dahulu.“Dan kalau tidak cukup empat orang saksi, sepatutnya penuduh dikenakan hukuman Qazaf. Hukum orang fasik ini, dia tak layak lagi jadi saksi untuk sebarang kes kerana sudah hilang kredibeliti.”

Menurut mereka lagi , isu melibatkan keaiban peribadi tidak boleh dijadikan modal politik, apatah lagi jika perkara berkaitan seks yang amat memalukan.Kalau betul pun), kita tak tahu, mungkin dia sudah bertaubat. Kenapa perlu dedahkan perkara itu? Rrakaman video sahaja tidak mencukupi jika tidak disokong oleh empat saksi yang adil kerana kesalahan zina amat berat dan hukuman yang dijatuhkan hendaklah bebas daripada sebarang prasangka.“Kalau ada (hanya) tiga orang saksi yang melihat perkara itu, lebih elok mereka tutup mulut sahaja daripada mendedahkannya. Kesan tindakan itu melibatkan banyak pihak, termasuk anggota keluarga yang terlibat,”

Mereka menyifatkan apa yang berlaku sekarang ini berjalan secara tidak betul.“Untuk menuduh, mestilah mendatangkan bukti, iaitu empat saksi untuk mensabitkan kesalahan. Jika tidak, pihak itu boleh dikenakan hukum Qazaf.“Hukum ini tidak pernah berubah dari dulu sampai sekarang. Kepada yang dituduh, boleh bersumpah untuk menafikan apa yang dituduh. Tetapi sekarang, yang menuduh bersumpah, yang dituduh diminta mencari bukti. Ini terbalik dan tidak betul,”

Para mufti menasihatkan orang awam yang tidak tahu menahu tidak masuk campur, walaupun sekadar bersembang-sembang mengenaninya di kedai kopi.“Biarlah diselesaikan oleh pihak yang berkenaan. Janganlah terpalit sama, terikut-ikut buat tuduhan,” kembalilah ke jalan Allah. Sekiranya tidak ada asas sesuatu tuduhan itu, eloklah kita sorot kembali (kesasihan dakwaan itu),” katanya.

Manakala menurut Fatwa Yusuf Al Qardhawi mengenai Fitnah pernah mentakan secara tegas “Ini bukan soal PAS, atau PKR, tetapi ini soal akidah dan akhlak. beliau bertanggungjawab di akhirat kelak (dengan fatwanya). Dr Yusuf telah mengeluarkan fatwa bahawa sesiapa yang merancang dalam fitnah tersebut, sama ada secara langsung atau tidak langsung maka hukumnya adalah “munafik Dr Yusuf juga menyebut, bahawa sesiapa yang membantu menyebarkan berita fitnah tersebut maka jatuh hukumnya sebagai fasik.

Isu Fitnah : Kembalilah kepada ajaran Islam

Al Quran memberi panduan kepada manusia supaya mewaspadai isu fitnah . Apa lagi fitnah itu disebarkan oleh orang-orang yang buruk akhlak dan kewibawaanya. Allah mengunggkap dalam Al Quran ” Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. ( Al Hujurat : 6 )

Pengajarannya dapat dikutip dari ayat diatas member isyarat bahawa orang Fasik diduga mempunyai sifat sebagai pendusta. Justeru Umat Islam harus ragu dan curiga terhadap segala berita yang disebarkan oleh anggota-anggota fasik sehingga dipastikan segala berita yang dibawanya.Mereka tidak seharusnya bersikap terburu-buru berdasarkan berita yang dibawa oleh orang fasik, kelak akan menimpa bencana ke atas sesuatu kaum gara-gara tindakan yang gopoh dan melulu.

Kalam al quran ini juga memperingatkan nantinya mereka akan menyesal kerana terlanjur melakukan sesuatu yang dimurkai Allah, mengenepikan hak dan keadilan kerana runtunan emosi. Implikasi ayat ini umum dengan mengandungi dasar penapisan dan pemastian berita yang dibawa oleh orang fasik kerana berita orang yang fasik adalah kekecohan dan suatu gangguan kelancaran dan ketertiban perjalanan jemaah

Dalam hubungan ini juga rakyat dan umat Islam wajar mengingati pesanan Rasul SAW yang amat jelas;

”Sesiapa yang menggembar-gemburkan pada orang ramai sesuatu perkara terhadap seseorang Muslim untuk menjatuhkan maruah orang tersebut di dunia pada hal ia tidak demikian, maka wajiblah Allah mencairkan pembawa fitnah tersebut pada hari qiamat dalam api neraka sehinggalah ia dapat membuktikan kebenaran apa yang telah dikatakannya.”

Hadis riwayat at-Thabarani

Jadi, mana2 pihak yang terlibat dalam mewarwarkan fitnah tersebut sudah pasti akan mendapat saham dalam bentuk dosa kerana mengaibkan seseorang dengan tujuan menjatuhkan maruahnya. Kenapa ada pihak sangat berdendam terhadap seseorang sehingga sanggup melakukan kegiatan yang boleh mengundang bala dari Allah SWT? Al Quran menyatakan dengan jelas bahawa;

”Dan jagalah diri kamu daripada berlakunya dosa yang membawa bala’ bencana yang bukan sahaja akan menimpa orang2 yang zalim di antara kamu secara khusus tetapi akan menimpa kamu secara umum. Ketahuilah bahawa Allah maha berat azab seksan-Nya.

al-Anfal 25

Amat keterlaluan ada individu yang terus terusan melaksanakan dendam kesumatnya sehingga sanggup mengenepikan hukum syarak semata2 ingin memenuhi nafsu dan bujukan syaitan supaya meneruskan perbuatan terkutuk itu. Qazaf merujuk kepada seseorang yang menuduh seseorang melakukan zina atau liwat tetapi gagal mengemukakan 4 orang saksi Muslim yang adil dan tidak prejudis atau memusuhi orang yang dituduh.

Dalam kata lain si penuduh dikatakan melakukan qazaf kerana gagal mematuhi kehendak syarak iaitu menampilkan 4 orang saksi yang dikatakan tadi. Perbuatan ini adalah haram. Malahan orang yang melakukan qazaf telah melakukan dosa besar. Orang berkenaan menjadi fasiq dan seterusnya tidak layak menjadi saksi dalam semua perkara termasuk perkahwinan! Allah berfirman dalam surah an-Nur ayat 4.

Orang yang menuduh wanita Islam yang baik ”Muhsanat” berzina kemudian dia tidak menampilkan empat orang saksi maka belasahlah dia dengan lapan puluh kali sebatan dan jangan sekali-kali kalian menerima apa-apa kesaksianya lagi selepas itu. Mereka adalah golongan yang fasiq...

Qazaf diharamkan kerana Islam amat tegas dalam memelihara maruah manusia. Maruah diri, keluarga atau masyarakat amat penting kepada manusia. Maruah amat berharga kepada manusia kerana ia akan membezakan manusia dengan binatang. Maruah diri pula tidak boleh dinilai atau dibanding dengan harta benda, sekalipun dengan intan permata yanag paling mahal harganya untuk dijual beli dengan maruah diri. Sebab itu Nabi Yusuf a.s. tidak sanggup melakukan perbuatan zina walaupun telah dipujuk rayu oleh perempuan jelita yang berdarjat dan telah bersedia berhias untuk menggodanya bagi melakukan perbuatan jijik itu. Kerana bagi nabi Yusup a.s. maruah diri dan jati diri itu lebih penting dari segala-galanya. Dari segi ”Fiqhul Awlawiyat,” memang maruah diri wajib dipertahankan terlebih dahulu mengatasi harta benda dan lain-lain.

Oleh itu bagi setiap Muslim yang meyakini bahawa adanya pembalasan di hari akhirat, mestilah menyedari bahawa melakukan perbuatan qazaf itu akan menyebabkan mereka dihumban ke dalam neraka dan di dunia pula bakal menerima bala daripada Allah SWT. Memang sukar untuk memahamkan isu qazaf ini kepada mereka yang telah, dijajah pemikirannya, terkeliru kerana memang sudah dikelirukan sekian lama, tidak yakin dengan syariat Islam. Kerana selama ini pun mereka memang sentiasa mempertikai kesyumulan dan kesempurnaan Islam.

Keadaan ini ditambah pula dengan adanya perasaan; angkuh, takbur, sombong, enggan menerima kebenaran dan tidak mahu mengakui kesilapan atau mempunyai perasaan dendam kesumat serta hasad dengki yang kuat terhadap orang yang dituduh. Ini adalah merupakan perangai iblis dan syaitan yang dilaknat oleh Allah SWT.

Berbuat dan bertaubatlah

Rakyat yang bertamadun hendaklah mendesak isu video ini mesti ditangani berdasar saluran undang-undang yang jelas. Imej Malaysia akan dilihat sangat buruk dimata dunia bila ujudnya amalan persaingan politik yang sangat jijik dalam sejarah Negara bila undang-undang diketepikan hanya kerana peribadi musuh hendak diaibkan.

Memindahkan isu video seks ke Parlimen bukan cara politik bertamadun tinggi. Malah ia melambangkan kerosakkan politik sampai ke peringkat sangat rendah , yang diheret pula ke dalam Dewan Rakyat untuk direkod sebagai insiden yang akan disaksikan oleh generasi mendatang.

Negara kita Malaysia mesti diselamatkan dari gaung kehinaan politik yang kini menjurus kepada tahap paling memualkan. Golongan agamawan terutama para mufti seluruh Negara hendaklah menunjukkan komitmen yang tinggi dengan menasihati pimpinan pemerintah supaya jangan meneruskan budaya fitnah yang telah berakar umbi dikalangan penguasa yang berkepentngan untuk mempertahankan kuasa semata. Budaya Fitnah ini ternyata masih diamalkan sebagai modal politik untuk menjatuhkan seeorang. Dan ia sebenarnya dijangkiti penyakit barah politik “sampah” yang busuk dan hanyir.

Golongan yang berautoriti dalam agama hendaklah membantah sekeras-keras politik “shit” yang sekali lagi dijelmakan dalam pertaruhan untuk merebut kuasa walaupun harga yang dibayar adalah maruah bangsa.

Kemelut ini digesa ditamatkan segera dengan campurtangan pihak Majlis Raja-raja Melayu untuk menghentikan kekotoran politik fitnah yang merosakkan dan merendahkan martabat bangsa. Raja-raja Melayu mempunyai hak bertitah menyekat kejelekkan politik kotor seperti ini. Kepada KDYMM Yang Dipertuan Agong bertanggungjawab dan berhak untuk menghalang sebarang perlakuan yang boleh menghina negara dan rakyat dalam isu Fitnah yang sedang merajalela saat ini . Tibalah saatnya untuk berbuat