Thursday, August 20, 2009

Pilihanraya Lagi


Alor Setar - Kerajaan Pakatan Rakyat akan diuji oleh Allah SWT lagi. Selepas Bukit Selambau, Negeri Kedah Sejahtera bakal menghadapi pilihanraya kecil. Tapi kali ini kemungkinan di N3 Kota Siputeh, setelah ADUN nya Datuk Abu Hasan Sarif gagal menghadiri sidang DUN sebanyak dua kali berturut-turut dengan tanpa kebenaran. Berita lanjut di sini .

Adakah ini tanda-tanda kehancuran UMNO/BN yang cuba ditunjukkan oleh Allah S.W.T kepada kita. Kerana kebatilan dan kepalsuan mereka akan lenyap dan hancur ....

Allah Berfirman dalam Surah Al Israak pada Ayat 81 yang berbunyi. A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Dan katakanlah: "Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap." Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap. " ShodaqALLAHul'Azim.

Namun begitu bagi kita pendokong Kerajaan Pakatan rakyat jangan terus leka. Berjuanglah berterusan sehingga tanahair kita Malaysia ini dapat diperintah oelh tangan-tangan yang memiliki kebaikan dan keadilan.





Statistik Dun Kota Siputeh

Jumlah Pengundi: 20,281


Peratusan Kaum: M:91.69% C:7.46% I:0.08% L:0.78%

1. Datuk Abu Hassan Sarif (BN) (8,160)

2. Ismail Wan Teh (Pas) (7,665)

Majoriti: 495

Jumlah undi: 16,103

Peratus mengundi: 79.4%

Undi rosak: 278

Penyandang: Abu Hasan Sarif (BN)

(Majoriti: 1,573 undi )

KITA ADA HARAPAN UNTUK MENANG

Rohaizat juga seorang peniaga

kelulut@telokbakong.com
19.08.09

rohaizad1

“Peguam lawan peniaga” begitulah bunyi keangkuhan media umno sejurus pengumuman calon PRK Permatang Pasir yang akan berlangsung pada 25 ogos ini .
Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Othman, 38, dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, 25 Ogos ini.

Pas pula menamakan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang yang juga ahli perniagaan, Salleh Man, 52, sebagai calon parti itu.

Pemimpin Umno berbangga telah mencalonkan seorang peguam lulusan UIA .Sekaligus media mereka mengambarkan calon Pas hanyalah peniaga .Tanpa memdedahkan kelulusan Ustaz Salleh Man yang juga bekas seorang graduan Universiti Malaya .

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno, berkata Rohaizat yang juga peguam syarie, dipilih selepas mengambil kira pelbagai faktor termasuk perwatakan, hubungan dengan masyarakat serta sumbangannya kepada parti.

Katanya, pemilihan Rohaizat diputuskan selepas merujuk kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang ketika ini berada di luar negara.

“Saya percaya Rohaizat adalah calon terbaik. Saya harap semua penduduk Permatang Pasir memberi sokongan kepadanya yang boleh menjadi wakil rakyat bagi membawa pembangunan di kawasan ini,” katanya sambil disambut tepukan gemuruh kira-kira 1,000 penyokong BN.
Katanya, pemilihan Rohaizat diputuskan selepas merujuk kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang ketika ini berada di luar negara.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/BeritaUtama/20090815000259/Article/
Akhirnya siapa Rohaizat terbongkar apabila borang pencalonannya tercatat pekerjaan sebagai ahli perniagaan.Rupa -rupanya beliau adalah seorang peguam yang bermasalah.

Rohaizat mengakui bahawa beliau adalah ahli peniagaan; sama seperti calon Pakatan Rakyat dari PAS Mohd Salleh Man.

Presiden Majlis Peguam Ragunath Kasavan telah mengeluarkan kenyataan bahawa Rohaizat ditarik balik (struck off) status peguam berdasarkan Bahagian 103D Akta Guaman 1976 atas kes penyelewengan wang.

Rohaizat telah dilucutkan sebagai peguam kerana terlibat dengan kes penyelewangan RM140,000.00

Ragunath juga berkata kesalahan yang telah dilakukan oleh Rohaizat Othman yang kononnya masih seorang peguam itu melibatkan duit pemegang-pemegang saham Koperasi Pekebun Getah.

Kesalahan ini jatuh dalam Bahagian 103D Akta Guaman 1976 tentang salah laku dan tindak tanduk peguam. Hak sebagai pengamal undang telah dilucutkan semenjak 7 March 2008.

Rohaizat telah merayu keatas keputusan Majlis Peguam di Mahkamah Tinggi pada 12 Ogos lalu. Rayuan Rohaizat telah ditolak.

Kasihan Umno…..

http://www.theedgemalaysia.com/political-news/147425-rohaizats-offence-a-personal-misconduct-ragunath-says.html

www.telokbakong.com
www.telokbakong.blogspot.com

Wednesday, August 19, 2009

Akhbar Utama putar-belit dan cemar kenyataan Nik Aziz

KOTA BAHRU, 18 Ogos: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak media yang memutar belit kenyataannya dengan mendakwa beliau berkata "ahli Umno tidak masuk syurga".
"Saya akan berbincang dengan peguam dan akan mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana media yang telah menokok tambah kenyataan saya," katanya sewaktu sidang media di pejabatnya tadi. Beliau berkata demikian kepada media sebagai menenafikan laporan akhbar hari ini yang melaporkan kenyataannya bahawa "Ahli Umno Tidak Akan Masuk Syurga", di pejabatnya tengahari tadi.
Sebuah akhbar harian menyiarkan di muka depan kononnya Nik Aziz berkata, ahli Umno tidak akan masuk syurga.

Sebelum ini, akhbar yang sama telah memohon maaf kepada Nik Aziz di muka depannya kerana mentyiarkan kenyataan yang salah tentang Nik Aziz.
Nampaknya, Nik Aziz terpaksa sekali lagi mengambil pendekatan saman terhadap akhbar ini.
"Saya biasanya mengunakan perkataan penyokong Umno, saya tidak mengunakan ahli Umno. Penyokong lain, ahli lain.
"Saya tidak pernah menyentuh mengenai ahli-ahli Umno, tetapi saya menyentuh dasar yang dibawa oleh Umno," katanya lagi.
Tambahnya lagi, memang mana-mana orang Islam yang mengasingkan Islam dan iman mustahil akan masuk syurga.
"Mana-mana gerakan orang Islam yang hanya mementingkan Islam sahaja tanpa iman, memang mustahil masuk syurga, itu yang saya sebut, tidak langsung maksudkan anggota parti Umno," tegasnya.
Sambungnya lagi, beliau juga turut menafikan beliau mendakwa parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.
"Saya tidak sebut langsung tentang Palestin waktu tu, ni semua tak lain tak bukan untuk memburukkan saya dan membiarkan saya ni jadi balah (berkelahi) pula dengan Umno,"ujarnya.
Ketika diminta mengulas adakah kenyataan beliau sering diputar belitkan kerana musim pilihan raya kecil, Tuan Guru memberitahu beliau memang sedar tentang perkara itu.
"Kita memang dah tahu dah cara (taktik) parti ni, memang macam tu lah,"ujarnya.
Akhbar perdana sudah jadi akhbar Umno
Menyentuh kenyataan Mufti Negeri Perak, Tan Sri Harussani Zakarian, yang mengulas kenyataannya melalui hanya membaca di akhbar, Nik Aziz berharap agar Harussani mendapat maklumat yang sebenarnya melalui beliau.
"Sebagai seorang mufti kalau nak buat kenyataan kena tanya saya dahulu iaitu tuan punya cakap.
"Beliau tidak boleh turut (baca melalui) surat khabar, surat khabar arus perdana sekarang ni surat akhbar Umno, macam mana dia nak buat ulasan menurut surat khabar," ujarnya.
Nik Aziz juga berharap, agar rakyat di negara ini merdekakan pemikiran dari menurut manusia kepada menurut Nabi Muhamad SAW.
"Manusia kena menukar pemikiran dari mengikut manusia kepada menurut kepada ajaran Nabi Muhamad SAW,"katanya.
-harakah daily

Sunday, August 16, 2009

UMNO PENGKHIANAT MELAYU

Siapa sebenarnya pengkhianat Melayu dan Islam. Semua Rakyat Malaysia wajar menjawab soalan-soalan ini.........



Umno Sesat Umno Khianat

1. Sejak Merdeka para pemimpin UMNO tidak pernah menerima Islam sebagai sebuah sistem yang sempurna atau lengkap. Menerima Islam sebagai sistem hidup adalah intipati dari konsep syahadah dan iman bagi seseorang muslim. Apakah dengan penolakan yang terbuka dari UMNO ini tidak boleh menjadi asas yang kukuh bahawa mereka lebih sesat dari Arqam?

2. Bukti UMNO berfahaman sesat boleh merujuk di banyak aspek terutama dari segi meletakkan Melayu melebihi dari kaum lain. Dalam ajaran Islam bangsa atau kaum atau siapa sahaja di sisi Allah adalah sama kecuali yang berbeza kerana ketakwaannya. Yang lebih bahaya sekali apabila strategi mereka mentadbir negara juga bukan diasaskan dengan Islam tapi nasionalisma Melayu. Sayangkan bangsa sah-sah sahaja tetapi apabila fahaman itu melebihi dari syariat Islam maka inilah pertembungan ajaran Islam. Jika Islam ditundukkan oleh yang lain maka sesatlah umat ini? Apalah erti rukun Iman dan Islam dan syariat bagi seorang berfahaman UMNO? Sebab itu kita dapat lihat masjid ditadbir bukan dnegna kehendak Islam tetapi kehendak AJk masjid yang sebahagian besarnya buta ilmu Islam.

3. Saya bentangkan ini bukan mahu mencabar sesiapa tetapi ingin mangajak semua berfikiran terbuka dan melihat sesuatu itu dari kacamata Islam yang hanif. Buakn ada berlindung dari tirai apa pun kerana Islam lebih tinggi dari segala undang-undang yang ada kerana Islam ciptaan Allah untuk manusia. Tiba-tiba UMNO menolaknya dan memutar belitkan fakta dan menjadikan pihak lain sebagai sesat tanpa menyedari UMNO itu sendiri adalah sarangnya kesesatan. Kenapa hal ini boleh bertahan selama lebih 50 tahun, salah satu sebab asasnya ialah dakwah sebenar tidak sampai kepada pimpinan UMNO dan juga Raja-raja Melayu. Yang sampai kepada mereka hanya fatwa ampu dan menjilat. Yang sesuai dengan strategi Melayu maka fatwa itu dibenarkan. Akhirnya umat ini makin sesat dan menjauh dari Islam.

4. Mari kita cek satu demi satu pemikiran Islam bagi setiap pemimpin Melayu UMNO dari atas sampai ke bawah, begitu juga di istana Raja-raja Melayu dan sampai keceruk kampung yang masih berfaham UMNO. Dari segi kenyataan ya..mereka akan jawab Islam tetapi dari segi perlaksanaan mereka tidak amalkan Islam sebagai dinulhayah. Mereka menolak Islam sebenarnya.Jadi apakah pihak JAKIM membutakan hal ini? Alangkah baik jika JAKIM mengakaji dengan mendalam kedudukan fahaman UMNO ni dari semua sudut dan jika jelas sesat maka kerja dakwah Jabtan Agama Islam lebih terfokus kepada pembersihan aqidah bermula dari kabinet dan seluruh jujuran UMNO itu sendiri. Saya bukan merendahkan UMNO tetapi sudah menjadi tanggungjawab semua terutama pihak yang mempunyai kuasa di bidang ini. Bermula dari UMNO kemudian barulah ke pihak lain kerana UMNO adalah tunggaknya dan telah selesa selama 50 tahun dalam keadaan sesat maka tugas ini memang berat.

5. Saya amat yakin, ajaran sesat yang lain akan tidak dapat hidup apabila pokok kesesatan ini dapat dibersihkan. Ajaran Qadiani di Selayang, ajaran tarikat sesat di seluruh Malaysia, ajaran Ayah PIN dan banyak lagi punya kaitan dengan orang-orang UMNO. Begitu juga dengan sebahagian gengsterisma di Malaysia yang sesat adalah dibackup oleh UMNO. Mereka menjadi dalang kesesatan di bumi ini dan rasanya sudah tiba masa JAKIM mengambil langkah proaktif.

HR9808: Kenyataan di bawah adalah kenyataan dari UMNO dan jika kenyataan ini dari pemimpin dari kelompok lain maka ianya akan ditafsir sebagai teroris. Inilah contoh yang jelas bahawa sesuatu fatwa itu mesti didasarkan dari fahaman UMNO bukan dari ajaran Islam sebenar. Kelihatan benar tapi tujuannya sesat sama seperti kaum Khawarij. Para macai rela diperalatkan demi untuk hidup di dunia ini. Bertaubatlah sdr ku!!

Ajaran Islam tidak izin agama, rasul dihina


Sikap pemimpin pembangkang menghina Islam dibantah oleh barisan Pemuda UMNO Kubang Kerian pada Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kubang Kerian di SMK Long Gafar, Kubang Kerian, Kota Bharu, baru-baru ini. - Utusan/Hafiz Johari

sumber : ikrar

Ceramah menjawab isu khianat

Tarikh : 16 Ogos Ahad
Jam : 9.30 malam
Tempat : Perkarangan Pejabat wanita Keadilan Padang Rengas Kota Lama Kiri KK
Penceramah :
1. YB Ahmad bin Kasim, Ahli Parlimen Kuala Kedah
2. Haji Usaili Alias- Ahli MPP
3. Ustaz Zulkifly Ibrahim - Pengarah Urusetia Penerangan PR
4. Suhaimi Latip - YDP ABIM Perak
Anjuran : Biro Penerangan & Perancangan Strategik PKR Perak

Jemput Hadir beramai-ramai

Masyarakat Felda mesti berani berubah


Sungkai 13 Ogos 2009. Masyarakat Felda mesti berani berubah. Jangan bimbang dan takut kepada majikan. Rezeki kita ditangan Allah bukan ditangan manusia. Selama mana kita terus ditipu dan ditindas oleh Felda. Kita mesti berani untuk mempertahankan agama Allah. Justeru masyarakat felda mesti bersama menyertai perjuangan Islam. Sudah berapa lama kita ditipu oleh UMNO. Umno hanya menawarkan kebendaan. Kita akan ditanya oleh Allah sekiranya kita tidak bergabung dan menyokong perjuangan Islam PAS ujar Haji Abdul Salam Abdullah, Timbalan YDP Pas Kawasan Tanjung Malim. Beliau berucap semasa ceramah politik di Markaz PAS Felda Besout 1 Sungkai. Beliau merupakan mantan Pengurus Felda dibeberapa Rancangan Felda Sabah, Johor dan lain-lain negeri di Malaysia. Semasa bertugas beliau sering ditukarkan kerana keberanian mempertahankan yang benar . Dan ini tidak disenangi oleh kerajaan umno.Kira-kira 500 orang hadir mendengar ceramah tersebut.

Thursday, August 13, 2009

Dun Perak bubar paling lewat 7 November ini - DS Nizar

MENTERI Besar Pakatan Rakyat Negeri Perak, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin yakin Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak akan dibubarkan sebelum berakhir tahun 2009 ini.

Ini kerana, katanya jika Dun Perak tidak bersidang menjangkaui tempoh enam bulan negeri Perak akan menjadi negeri 'tidak berperlembagaan' atau 'unconstitutional state'.

"Dun Perak mungkin kita (PAS) boleh jangka bila dia bubar, dia (Barisan Nasional) terpaksa bubar juga kerana tidak ada pilihan lain, dalam undang-undang tubuh kerajaan negeri Perak mesti bersidang tidak lebih enam bulan,"tegasnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam anjuran Majlis Tindakan Dun Cukai bagi mengumpul Dana Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, di sebuah Restoran di Bukit Kuang, Chukai, pada 5 Ogos lalu.

Menurutnya sidang Dun Perak akan datang mesti diadakan selewat-lewatnya pada 7 November 2009 kerana persidangan lalu diadakan pada 7 Mei 2009.

Katanya sidang Dun tersebut mesti diadakan bagi membentang dan meluluskan Belanjawan 2010.

"Mesti ada persidangan, jika tidak bagaimana (negeri) nak belanja tahun depan (2010), nak beri (bayar) gaji kakitangan kerajaan negeri Perak, nak buat peruntukan untuk perbekalan.

"Ini mesti diluluskan di Dewan Undangan Negeri dalam bentuk Belanjawan 2010, ikut mana cerita pun dia (kerajaan) mesti buat persidangan,"jelasnya. / Harakah

Tuesday, August 11, 2009

Selagi UMNO Masih Memerintah, Selagi ISA Itu Tidak Akan Dimansuhkan!

Tahun yang lalu, wartawan SinChew Daily, Tan dan Exco Selangor Teresa Kok telah ditahan dibawah Akta ISA merupaka contoh yang baik kepada kenyataan diatas.

Sekarang, YB Nazri secara terang-terang mencabar Rakyat bahawa selagi Barisan Nasional berada di kerusi Kerajaan selagi ISA itu tidak dimansuhkah, ini bermakna, sekiranya Rakyat mahukan kebebasan yang sebenar, mengundi Pakatan Rakyat merupakan cara yang paling berkesan untuk memastikan Akta itu dimansuhkan.

去年《星洲日报》记者陈云清和雪州高级行政议员郭素沁被政府引用内安法令逮捕是很好的无辜例子。

所以,当首相署部长纳兹里已经把话说清楚时,人民也要想清楚,就是只有把国阵政府拉倒,人民才能在这片土地上享有真正的自由!

Selagi UMNO Masih Memerintah, Selagi ISA Itu Tidak Akan Dimansuhkan

Pada hari Sabtu yang lalu, Perhimpunan Mansuhkan ISA telah berjaya dianjurkan dan seperti yang dijangka, ia mendapat tentangan yang hebat daripada pihak polis dengan menggunakan bom penyedih mata dan "water canon", ada yang dilaporkan dikasari ketika mereka berdemontrasi. Namun begitu, masih mempunyai lebih 20,000 warga Malaysia telah hadir untuk menyuarakan hasrat mereka kepada mereka yang memerintah, semangat ini patut dikagumi.

Sebaliknya, parti-parti komponen dalam Barisan Nasional yang kononnya membantah penggunaan ISA itu gagal menghadirkan diri ketika perhimpunan tersebut berlangsung, ada yang mengatakan budaya berdemotrasi itu bukan cara yang baik untuk menyampai mesej kepada kerajaan. Parti Gerakan Rakyat Malaysia - GERAKAN, yang merupakan salah satu parti komponen dalam Barisan Nasional yang ingin menarik perhatian media telah menghantarkan satu memorandum mereka sehari sebelum Perhimpunan ini diadakan, tapi mereka telah dimalukan diri sendiri kerana pihak istana tidak mahu menerima memorandum mereka kerana tidak membuat sebarang permintaan untuk penyerahan. Tokoh-tokoh dalam MCA pula dimalukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO dalam hal untuk mengubal Akta ISA ini.

MalaysiaKini (8 Januari) melaporkan timbalan pengerusi MCA iaitu Liow Tiong Lai pernah menyuarakan Akta tersebut perlu digubal, Perdana Menteri kita, Najib turut menyatakan hasratnya yang sama dalam penggubalan Akta tersebut.

Akan tetapi, Menteri dalam Pejabat Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri secara terang-terangan "menampar" Liow Tiong Lai kerana beliau mengatakan selagi Barisan Nasional masih memerintah, selagi ISA tidak akan dimansuhkan.

Hal ini memberikan gambaran yang jelas bahawa MCA tidak mampu untuk mengubah UMNO, dan UMNO tidak pernah mendengar suara dari kepimpinan MCA. Seperti selama ini, MCA masih patuh kepada arahan UMNO dan keadaan ini tidak pernah berubah.

Kenapa "Raja Kenyataan MCA - Lee Wei Kiat" dan "Ratu Kenyataan MCA - Chew Mei Fun" sehingga kini tidak pernah membantah kenyataan Nazri tersebut? walaupun Pengerusi MCA, Ong Tee Keat pernah menyatakan ISA itu perlu digubal?

Untuk menarik perhatian umum, Setiausaha Pemuda MCA, Chai Kim Sen telah mengeluarkan kenyataan beliau untuk mengutuk tindakan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang mengadakan demontrasi di Kuala Lumpur sehingga mewujudkan keadaan huru hara di sini, tapi adakah beliau tidak tahu atau sengaja tidak mahu tahu mengenai fakta sebenar iaitu siapa yang menjadikan Kuala Lumpur mengalami kesesakan lalu lintas yang teruk dalam masa 2 hari sebelum perhimpunan itu diadakan.

UMNO yang tidak mahu mempedulikan suara parti komponen mereka, terpaksalah Rakyat berdemontrasi untuk memberitahu mereka hasrat Rakyat untuk memansuhkan ISA.

Sehari sebelum perhimpunan tersebut dianjurkan, para pemimpin kerajaan mengatakan perhimpunan tersebut mempunyai kepentigan politik disebaliknya, tetapi apa yang tidak boleh kita lupa ialah Kerajaan sering kali menggunakan Akta tersebut untuk menahan tokoh dari pembangkang. Adakah kerajaan akan memberitahu Rakyat bahawa tindakan mereka yang penggunaan ISA untuk menahan tokoh pembangkang itu tidak mempunyai kepentingan politik disebaliknya? Rakyat sekarang tidak mudah ditipu lagi.

Tahun yang lalu, wartawan SinChew Daily, Tan dan Exco Selangor Teresa Kok telah ditahan dibawah Akta ISA merupaka contoh yang baik kepada kenyataan diatas.

Sekarang, YB Nazri secara terang-terang mencabar Rakyat bahawa selagi Barisan Nasional berada di kerusi Kerajaan selagi ISA itu tidak dimansuhkah, ini bermakna, sekiranya Rakyat mahukan kebebasan yang sebenar, mengundi Pakatan Rakyat merupakan cara yang paling berkesan untuk memastikan Akta itu dimansuhkan.

Blog Post Link : http://gomalaysian.blogspot.com/2009/08/selagi-umno-masih-memerintah-selagi-isa.html


Monday, August 10, 2009

Isu 'pengkhianat Melayu' mainan UMNO

SHAH ALAM - Angkatan Muda Keadilan (AMK) percaya isu 'pengkhianat Melayu' yang dimainkan pimpinan UMNO bertujuan sebagai persediaan Pilihan Raya Umum (PRU) yang dijangka diadakan dalam tempoh terdekat.

Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, tindakan tersebut juga sebagai persediaan awal bagi kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir yang akan diumum oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.

"AMK memandang serius akan trend media-media arus perdana yang begitu serius memainkan isu ‘pengkhianat Melayu’ mutakhir ini.

"Pandangan dan komentar pimpinan-pimpinan UMNO jelas bertujuan memberikan impak negatif ke atas imej Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat (PR) secara umumnya," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau mengulas tentang Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tidak akan memohon maaf atau menarik balik kenyataannya ke atas Anwar walaupun pemimpin pembangkang itu bakal mengambil tindakan saman RM100 juta ke atasnya dan akhbar Utusan Malaysia.

Ia berikutan tindakan Timbalan Perdana Menteri itu yang menggelar Anwar sebagai pengkhianat perjuangan Melayu ketika merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Sri Gading, Ahad lalu.

Shamsul Iskandar berkata, polemik pengkhianat Melayu ini berterusan dimainkan dengan restu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang jelas menggambarkan ketandusan idea kepimpinan beliau untuk berhadapan dengan PR secara terbuka.

Katanya, AMK percaya ini berlaku rentetan beberapa isu mutakhir yang gagal didepani dengan baik oleh kepimpinan Najib, antaranya skandal penyelewengan PKFZ, isu kematian Teoh Beng Hock dalam siasatan SPRM dan ditambah dengan sambutan luar biasa ke atas Perhimpunan Aman GMI-Mansuh ISA yang diadakan pada 1 Ogos lepas.

"Label 'pengkhianat' berterusan dicop ke atas Datuk Seri Anwar sebagai kaedah pembunuhan karakter ke atas imej YB Datuk Seri Anwar, sebagaimana yang dilakukan ke atas imej Nik Aziz sempena pilihan raya kecil DUN Manek Urai.

"Kaedah serangan karakter yang agresif ini pastinya memberikan modal politik yang positif kepada Pakatan Rakyat," katanya.

Katanya, untuk rekod, serangan bertalu-talu terhadap Anwar pernah dimainkan beberapa hari sebelum pilihan raya umum yang lalu dan ia telah memberikan kemenangan besar kepada PR.

Sinar Harian

P'raya kecil Pmtg Pasir bulan puasa

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir jatuhnya pada 25 Ogos, awal Ramadhan, dan penamaan calon pula 17 Ogos.

Pilihanraya kecil kelapan ini dipanggil susulan kematian wakil rakyatnya, satu-satunya ADUN PAS di negeri tersebut, Datuk Hamdan Abdul Rahman pada 31 Julai lalu.

Permatang Pasir - satu daripada tiga kerusi negeri dalam parlimen Permatang Pauh yang diwakili ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pilihanraya umum lalu, Mohd Hamdan memperolehi 11,004 undi untuk menewaskan calon BN dari Umno, Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi.

Ahmad Sahar mendapat 5,571 undi.

Kubu kuat PAS ini dipertahankan selama tiga penggal berturut-turut oleh allahyarham sejak pilihanraya umum 1999, sewaktu memuncak kemarahan orang ramai susulan insiden pemecatan Anwar daripada kerajaan dan Umno.

Awal Ramadhan dijangka jatuhnya pada 21 Ogos.

MalaysiaKini/-

PAS bincang lima nama calon untuk Pmtg Pasir

Jawatankuasa pusat PAS semalam membincangkan lima nama yang disenaraikan - termasuk Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Salleh Man dan AJK pusat Mohamad Sabu - untuk kerusi DUN Permatang Pasir.

Bagaimanapun jawatankuasa tersebut tidak memutuskan nama calon tersebut dan keputusan muktamad akan ditetapkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Tiga lagi nama yang turut dicadangkan: Timbalan Pesuruhjaya III PAS negeri Rosidi Hussain, Ketua Pemuda negeri Mohd Yusni Mohd Piah dan seorang pegawai peribadi penyandang kerusi tersebut, allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan 25 Ogos sebagai hari mengundi pilihanraya kecil tersebut, dan 17 Ogos pula hari penamaan calon.

Difahamkan parti itu akan mengumumkan calonnya "bila-bila masa", hanya menunggu pengumuman SPR.

MalaysiaKini/-

CERAMAH PAKATAN RAKYAT




Salam hormat,

YB. Abd. Yunus b. Jamhari
ADUN Kawasan Kuala Kurau
Ketua Cabang Bahagian Parit Buntar

H/P : 012-4133260
Pej / Faks : 05-7278506
Email : yunusjamsari@yahoo..com
Web : http://ybyunus.blogspot.com

Sunday, August 2, 2009

Himpunan Anti ISA: Pengalaman Pertama Bersama Rakyat - Zaid Ibrahim

Luahan Zaid Ibrahim

Hari ini (1 Ogos 2009) buat kali pertama dalam sejarah hidup saya, saya menjadi mangsa bom gas pemedih mata. Pedih sungguh mata dan hati saya! Inilah pengalaman saya berhimpun dan berarak bersama dengan berpuluh ribu rakyat Malaysia di Kuala Lumpur. Ia benar-benar membuka mata saya di samping memberi banyak pengajaran .



Saya amat terkejut kerana tidak menyangka betapa kejamnya polis bertindak terhadap rakyat yang hanya berhimpun dan berjalan secara aman. Rakyat hanya mahu meluahkan perasaan tentang buruknya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang perlu dimansuhkan secepat mungkin. Rakyat kita tidak membawa senjata, mereka hanya membawa anak-anak untuk menyedarkan warga kecil betapa kejamnya ISA.

Lelaki, perempuan, tua dan muda, pelbagai kaum, bermacam agama, semuanya berhimpun secara aman di ibu kota. Hak untuk berhimpun secara aman adalah hak asasi rakyat. Tapi nampaknya hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ini sudah tidak ada guna lagi. Hak kita sudah hancur kerana polis yang bersenjata, yang berkuasa penuh, yang sombong dan angkuh, kini telah menentukan hak kita.



Bila polis kata perhimpunanan itu haram, maka kita semua yang berhimpun atas dasar kebebasan dan hak yang telah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, telah menjadi mangsa kekerasan polis. Ya, polis yang mengaku diri sahabat rakyat, kini menunjukkan belang sebenar mereka. Tak sangka, dengan sedikit kuasa itu, mereka sudah merasakan diri seperti Fira’un.

Saya sebagai warga Malaysia yang prihatin telah turut sama menyertai perhimpunan aman ini. Tapi saya bersama dua anak saya dan kawan-kawan lain tak tahu ke mana mahu dituju kerana polis telah tutup banyak jalan. Kami hanya mahu ke Istana Negara untuk menyaksikan penyerahan memorandum anti-ISA.



Kami telah tersepit di sebatang jalan dekat Masjid Negara. Ramai yang berarak menghala ke Jalan Kuching ke arah Selangor Club, kami pun ikut sama. Niat kami hanyalah untuk bersama-sama orang ramai menunjukkan sokongan. Tetapi bila sampai sahaja di belakang Selangor Club, polis dengan ganasnya telah menyembur gas pemedih mata dan menggunakan pncutan air tekanan tinggi. Lintang-pukang orang berlari. Saya pun tunggang-langgang lari.

Polis kemudian meminta orang ramai bersurai. Tetapi ke mana nak bersurai kerana semua jalan sudah ditutup. Tak ada cara lain kecuali patah balik ke arah Masjid Negara. Saya pun bersedia untuk bersurai. Tapi bila sampai dekat dengan Masjid Negara, ada pula sekatan jalan polis. Di situlah saya lihat orang ramai angkat tangan supaya polis membenarkan mereka bersurai ke arah bagunan Dayabumi.

Saya juga angkat tangan kerana kami memang nak bersurai. Ada dua orang wanita tua bersama saya yang merah serta berair mata mereka di samping terbatuk-batuk akibat bom gas pemedih mata. Seorang peserta lelaki yang cacat anggota dengan crutches nya tidak dapat lari. Saya tak tahu apa nasib manusia berani ini. Kasihan saya melihat mereka semua.

Rupa-rupanya polis sudah berniat jahat. Tanda angkat tangan tidak ada erti kepada mereka. Walau pun melihat ramai antara kami yang sudah mahu bersuara, polis terus melepaskan bom pemedih mata. Saya dapat lihat wajah-wajah polis berkenaan, kebanyakannya orang Melayu, yang penuh benci dan kesumat dendam.

Maka terpaksa lagi kami berlari elakan diri. Tapi nak ke mana lagi? Di Jalan Kuching dekat Selangor Club pun polis sudah melemparkan bom pemedih mata. Bom dari canisters yang tidak ada jenama kata kawan saya. Bererti bom jenis buatan haram. Dinegara kita apa pun boleh dilakukan Ramai orang termasuk saya terpaksa lari masuk ke dalam hutan kecil berhampiran Jalan Kuching dengan melompat pagar bangunan di situ.

Mujur juga ada pengawal keselamatan di situ yang baik hati yang telah melepaskan kami keluar dari perkarangan bangunan tersebut. Semoga Allah membalas budi baiknya. Di sana barulah kami dapat keluar untuk bersurai. Masa itu mata kami semua sudah merah, suara parau dan seluar koyak akibat terpaksa melompat pagar. Saya pun baru sedar bila sudah berumur begini lutut sudah tidak sekuat waktu muda dulu.

Memang jelas hak dan kebesan kita semakin terhakis. Apa yang polis lakukan dengan cara mengepung orang ramai yang hanya mahu berhimpun secara aman dan membelasah mereka dengan semburan air dan bom pemedih mata adalah untuk menunjukan kepada rakyat bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak peduli dengan kehendak dan keperluan rakyat.

Mereka mahu mengajar rakyat Malaysia bahawa era Pak Lah yang mahu mencuba membuka ruang kebebasan sudah tidak wujud lagi. Ini era Najib yang tak mahu dengar dan tak terima pandangan rakyat.

Bagi polis yang jelas bekerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional, mereka mahu rakyat takut kepada mereka. Mereka tidak mahu kita di Malaysia bebas seperti Indonesia dan Filipina yang memberi rakyat peluang bersuara dan berhimpun secara aman.

Mereka mahu semua rakyat sedar bahawa Malaysia adalah Negara Polis seperti Myanmar. Sesiapa yang berhimpun dianggap bersalah kecuali mereka yang berhimpun untuk menyokong Najib dan pemimpin UMNO yang lain. Inilah mesej 1Malaysia ciptaan Najib yang memberi amaran kepada rakyat bahawa kekerasan akan digunakan pada bila-bila masa sahaja demi mengekalkan kuasa.

Tapi rakyat Malaysia termasuk saya juga ingin menyampaikan berita kepada Najib. Kita akan berkorban apa saja untuk menentang kekejaman dan kezaliman. Kita yakin kita di pihak yang benar kerana kita menentang salaha guna kuasa, penyelewengan dan rasuah. Kuasa rakyat akan menang juga suatu hari nanti di negara Malaysia yang tercinta ini, InsyaAllah.

Imbas kembali...6 ADUN PR dihalang masuk Mesyuarat di Bangunan SUK

IPOH 30 Julai 09 " KAMI tidak faham kenapa tidak dibenarkan masuk, pada hal hanya untuk mengadakan mesyuarat, bukan membuat kacau dalam Bangunanan SUK. Jika Setiausaha Kerajaan Negeri sekali lagi masuk campor dalam soal ini, laporan polis akan dibuat atas sebab menghalang wkil rakyat daripada menjalankan tanggungjawap mereka" kata YB V.Sivakumar. Saya Yang Dipertua Dewan Negeri yang sah dan ahli-ahli jawatankuasanya mahu mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Hak & Kebebasan di bilik Yang Dipertua atau bilik mesyuarat. Tujuannya adalah untuk menyiasat aduan yang dibuat oleh ADUN Pokok Assam YB Yee Sui Kai terhadap Dato Ganesan berkaitan dengan insiden 7 Mei Dewan Negeri Perak.


Apabila YB V.Sivakumar dan ahli-ahli jawatankuasanya sampai ke pintu masuk Bangunan Perak Darul Ridzuan, polis telah menghalang dan menutup pintu masuk tersebut. Alasan yang diberikan oleh polis ialah mereka hanya menjalankan tugas. Arahan telah dikeluarkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri untuk tidak membenarkan Jawatankuasa itu masuk ke dalam kawasan Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Tindakan Setiausaha Kerajaan Negeri dan pihak polis adalah bertentangan dengan seksyen 124 Kanun Keseksaan. Kejadian di luar Bangunan Perak Darul Ridzuan tersebut disaksikan oleh orang ramai.

Oleh kerana polis telah menghalang jawatankuasa itu daripada bermesyuarat di Bangunan Perak Darul Ridzuan, maka mesyuarat tersebut terpaksa diadakan di salah sebuah bilik mesyuarat di Hotel Syuen, Ipoh.

YB V.Sivakumar telah membuat laporan polis dengan harapan pihak polis akan mengambil segala tindakan undang-undang yang wajar supaya membela kedaulatan undang-undang negara dan menegakkan keadilan.

Sumber :http://speakforperak.blogspot.com/

AL-FATIHAH...YB HAMDAN TELAH KEMBALI



YB HJ HAMDAN B ABD RAHMAN,
ADUN PERMATANG PASIR TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH
SEMOGA ROHNYA DITEMPATKAN DIKALANGAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN.....AMIN

Saturday, August 1, 2009

Ceramah Bubar Dun Perak/ Jamuan Makan Malam

Majlis Makan Malam, Anjuran PR Bagan Datok
Tarikh : 2 Ogos 2009 ,
Masa : 8 malam
Penceramah : DS Mohd Nizar Jamaluddin & Ustaz Zulkifly Ibrahim
Tempat : Kg Parit 24, Jalan Bagan Datok
Jemput Hadir Beramai-ramai