Saturday, October 31, 2009

BARISAN BARU PKR PERAK


Mesyuarat Majlis Pimpinan PKR Perak yang berlangsung jam 8.00 malam tadi telah mengumumkan barisan baru bagi menjayakan 5 Misi merampas kembali Perak.

Malaysia Untuk Semua

PENGERUSI MPN
Hj Mustaffa Kamil Ayub
( Pemangku Ketua Cabang Pasir Salak)

TIMBALAN PENGERUSI
Sdr Zulkifli b Ibrahim
( Ketua Cabang Tambun)

NAIB PENGERUSI
YB Sdr Chang Lih Kang
( Adun Teja )
YB Sdr S. Kasevan
( Adun Hutan Melintang )
Sdr Madzi b Hasan
( Ketua Cabang Bagan Datok )

SETIAUSAHA MPN
Sdr Anuar b Zakaria
( Tim Ketua Cabang Gopeng )

PENOLONG SETIAUSAHA
Sdr Zainal Abidin b Alias
( Ketua AMK Padang Rengas )

BENDAHARI
YB Sdr Tai Sing Ng
( Adun Kuala Sapetang / Ketua Cabang Bt Gajah )

TIMBALAN BENDAHARI
Datuk Dr Yap Yit
( AJK Cabang Lumut )

KETUA PENERANGAN
Sdr Md Nasib b Abdul Rahin
( Ketua Cabang Bagan Serai )

TIMBALAN KETUA PENERANGAN
Sdr Hazha b Hawalid
( Bekas Pegawai Khas YB Jamaluddin)

PENGARAH PILIHANRAYA
Hj Ismail b Yusop
( Ketua Cabang Bukit Gantang )

BIRO PERUNDANGAN
Sdr Baldip Singh
( Cabang Kampar )

BIRO PELANCONGAN
Pn Suzana Manja bt Ibrahim
( Tim Ketua Cabang Ipoh Timur)

BIRO LATIHAN
Hj Rahim b Salbi
( Cabang Kuala Kangsar )

BIRO AGAMA DAN PENDIDIKAN
Ust Hj Suwardi b Hj Sufian
( Ketua Cabang Lumut )

BIRO INTEGERITI
Sdr Tinagaran
( Cabang Ipoh Timur )

BIRO KEBAJIKAN
Hajjah Mashirah
( Ketua Wanita Ipoh Timur )

BIRO BELIA DAN SUKAN
Sdr Muzaffar Shah b Khairuddin
( Ketua AMK Teluk Intan )

KETUA AMK NEGERI
YB Sdr Abdul Yunus b Jamhari
( Adun Kuala Kurau )

KETUA WANITA
Hajjah Fathmawaty bt Salim
( Ketua Wanita Gopeng )

Tahniah kepada semua, tanggungjawab yang diberikan laksanakanlah sebaik mungkin, ahli parti mengharapkan perubahan ini akan membawa makna yang lebih baik....

Konvensyen Pakatan Rakyat Perak mendapat sambutan luarbiasa.

Perwakilan dari semua parti gabungan dalam Pakatan Rakyat Perak memenuhi dewan sebuah hotel terkenal di IPOH dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Perak kali pertama.

Resolusi Konvensyen Pakatan Rakyat Perak.


IPOH : Konvensyen Pakatan Rakyat Negeri Perak yang telah bersidang pada 31 Oktober 2009 bersamaan 12 Zulkaedah 1430 telah merumuskan resolusi berikut :-

i. Kesepakatan dan perpaduan Pakatan Rakyat perlu terus diperteguh dan diperkasakan bagi menumbangkan UMNO/BN. Segala bentuk prejudis dan prasangka buruk sesama rakan Pakatan Rakyat perlu dihindari.

ii. Meningkatkan amalan prinsip ‘collective decision’ melalui meja rundingan sebagai kaedah penyelesaian masalah.

iii. Mengukuh dan menggerakkan organisasi parti dengan penekanan serius kepada menubuh dan menggerakkan majlis pemuafakatan Pakatan Rakyat di semua peringkat parti.

iv. Menghapuskan doktrin perkauman sehingga ke akar umbi seterusnya meningkatkan hubungan sesama rakyat, kakitangan kerajaan, ahli politik, NGO dan Istana.

v. Menampilkan calon berwibawa dan berintegriti sebagai asas dan fokus kemenangan calon Pakatan Rakyat di DUN dan Parlimen. Fokus kepada program pembangunan jatidiri seluruh ahli parti terhadap perjuangan masing-masing.

vi. Meneruskan prinsip 5K Keadilan, Kewibawaan, Ketelusan, Kebajikan dan Kebebasan sebagai asas bekerja dan memerintah.

vii. Menerus dan memperbanyakkan siri dan media penerangan keseluruh negeri agar rakyat menerima maklumat yang tepat dan pemikiran rakyat tidak dijajah oleh Umno/BN.

viii. Program mewujudkan ‘kebersamaan’ antara parti komponen Pakatan Rakyat perlu segera dilaksanakan agar seleruh ahli Pakatan Rakyat memahami perjuangan rakan seperjuangan.

ix. Munajat yang berterusan bagi memohon pertolongan dan keredhaan Allah swt sama ada sewaktu dilanda krisis mahupun tidak.

x. Jawatankuasa resolusi mencadangkan agar gagasan Pakatan Rakyat disegerakan pendaftaran diperingkat nasional dengan penggunaan 1 logo.

IKRAR PESERTA KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT PERAK KALI PERTAMA YANG BERSIDANG DI HOTEL SYUEN IPOH.



Bahawasanya kami peserta Konvensyen Pakatan Rakyat Negeri Perak yang bersidang hari ini 31 Oktober 2009 bersaman 12 Zulkaedah 1430 di
Hotel Syuen Ipoh dengan tema “Hidupkan Demokrasi Selamatkan Rakyat Perak”

Sesungguhnya dengan sepenuh hati dan iltizam dengan ini berikrar akan :

-Memperkukuh Pakatan Rakyat Negeri Perak,
-Meningkatkan usaha membubarkan DUN Negeri Perak,
-Memperkukuh perpaduan Parti di segenap peringkat,
-Mempertingkat usaha menentang kezaliman UMNO dan Barisan Nasional,
-Terus memperbaiki dan menyusun Jentera Pilihanraya Parti bagi memenangkan Pakatan Rakyat memerintah semula negeri Perak.

Wednesday, October 28, 2009

JKR tidak lulus jambatan maut

Jambatan gantung yang runtuh sehingga mengakibatkan seorang murid sekolah meninggal dunia dan dua lagi hilang dalam tragedi kelmarin dibina tanpa mendapat kelulusan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Pengarah JKR Perak Datuk Dr Safry Kamal Ahmad memberitahu Malaysiakini hari ini, pihaknya juga tidak mengetahui kontraktor yang terlibat dengan pembinaan jambatan tersebut.

"Anggaran kos juga kita tidak boleh cakap kerana tidak ada penilaian kos yang dibuat," katanya ketika dihubungi petang ini.

Jelasnya, beliau juga tidak dapat memberi butiran berkenaan kerana maklumat tersebut tidak disampaikan kepadanya dari pihak pentadbiran SK Kuala Dipang, lokasi jambatan maut itu.

Pelan pembinaan jambatan yang dibina merentasi sebuah sungai berhampiran sekolah itu di Kampar sepatutnya dirujuk kepada JKR terlebih dahulu sebelum diluluskan, tambahnya.

"Kalau ikut amalan biasa, kena rujuk kepada JKR terlebih dahulu," kata Dr Safry.

Jelasnya lagi, JKR seharusnya dirujuk memandangkan jambatan itu dibina dalam sebahagian kawasan sekolah.

"Kawasan tapak perkhemahan di seberang sungai itu juga termasuk dalam kawasan sekolah," katanya, sambil menambah struktur itu dibina tanpa merujuk sebarang agensi teknikal.

Jambatan baru sepanjang beberapa puluh meter di belakang kawasan sekolah itu siap dibina kira-kira dua minggu lalu untuk menghubung sekolah dengan tapak perkhemahan.

Sewaktu kejadian pada 10.30 malam Isnin lalu, 22 murid sekolah rendah yang menyertai program perkhemahan 1Malaysia tetapi 19 lagi dapat diselamatkan.

Dr Safry, yang bakal menganggotai jawatankuasa khas untuk menyiasat kejadian berkenaan seperti diumumkan timbalan perdana menteri semalam, juga berkata:

"Setakat ini kita cuma dapat tahu tiangnya tercabut bersama dengan sangganya, sebab-sebab lain kita belum dapat pastikan lagi.

"Kita akan tengok aspek-aspek teknikal, butir-butir terperinci dalam pembinaannya serta integriti strukturnya."

malaysiakini

liputan sidang dun perak

lawati blog saudara idhamlim

Saturday, October 17, 2009

PASTI DUN PERAK BUBAR

HUJAHNYA :

1. PM NAJIB TURUN KE PERAK

2. PERAK DIPILIH PELANCARAN 1 MALAYSIA
3. POSISI KAUM NEGERI PERAK MENGAMBARKAN 1 MALAYSIA
4. NEGERI PERAK KECOH DI BAWAH ZAMBRY

5. SIDANG DUN PERAK 28 OKT AKAN KECOH LAGI
6. BAJET NEGERI PERAK TIDAK DAPAT DIBENTANG
7. PERAK ADA 2 MB SAH DAN HARAM

8. PERAK ADA 2 SPEAKER SAH DAN HARAM

9. GANESAN SPEAKER HARAM SIVAKUMAR SPEAKER SAH
10. 3 WAKIL RAKYAT BEBAS MUNGKIN TAK SOKONG BN

11. ZAMBRY TAK DAPAT SOKONGAN PENUH BAHAGIAN UMNO

JAMUAN RAYA PR TELUK KEPAYANG,BOTA

17 OKTOBER 2009, 5.00 PETANG

PAKATAN RAKYAT PARIT RAIKAN ANAK YATIM
Tetamu yang Hadir : YB Khalil Idham Lim - ADUN Titi Serong
Y. BHG. Ustaz Zulkifly Ibrahim - Pengarah Urusetia Penerangan PR


penyampaian duit raya kepada kanak-kanak yang hadir


penyampaian hadiah cabutan bertuah

Monday, October 12, 2009

BN menang KEKALKAN RASUAH

TELOK KEMANG, 11 Okt: Umno memang menang dalam pilihanraya Bagan Pinang ini tetapi ternyata kalah dalam memerangi rasuah, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar sambil menghormati keputusan rakyat atas prinsip demokratik.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, dengan kemenangan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang sebelum ini telahpun ditolak oleh Umno; mengakibatkan Umno akan terus angkuh mengamalkan rasuah.

Ujarnya lagi, kemenagan Isa ini sebenarnya tidak sedikit pun memulihkan kepercayaan palabur terhadap integriti kerajaan.

Sebaliknya, ia bakal menjadi satu lagi titik gelita dalam sejarah integriti negara.

Sementara itu, Pengarah Jentera Pilihan raya PAS Bagan Pinang, Salehuddin Ayub yang sebelum ini yakin, N31 bakal memangkin gelombang ketiga Rasuah Musuh No.1 Negara, konsistan menjalaskan, keputusan pilihan raya hari ini akan mempercepat gelombang itu.

Tegasnya lagi, N31 juga bakal dijadikan medan permulaan Pakatan memperjuangkan senarai undi pos bersih.

Kedua-dua mereka mengulas keputusan pilihan raya kecil Bagan Pinang dalam sidang media mereka jam 9 malam tadi. Turut serta dalam sidang media itu adalah calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar dan Pengarah Operasi Pilihan raya ini, Dr Dzulkefly Ahmad serta pimpinan Pakatan Rakyat.

SPR mengumumkan, calon BN, Tan Sri Mohd. Isa Samad menang besar dalam pilihan raya kecil ini mengalahkan calon PAS, Zulkefly Mohamad bin Omar dengan majoriti majoriti 5,435 undi.

Mohd. Isa memperolehi 8,013 undi manakala Zulkefly mendapat 2,578 undi.

Dalam pilihan raya lalu, calon BN, Azman Mohd Nor mengalahkan calon PAS dengan majoriti 2,333 undi. Pilihan raya ini diadakan ekoran kematian Azman.

harakahdaily

Thursday, October 8, 2009

N-31 Bagan Pinang: Pemuda Pas diserang

Lebih enam orang petugas Dewan Pemuda PAS (DPP) dipukul dan ada yang ditetak dengan parang oleh sekumpulan lelaki ketika sedang bertugas di beberapa tempat termasuk di markas induk DPP di Bagan Pinang.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi tadi, sekumpulan lebih 20 lelaki bermotosikal dan juga kereta dipercayai penyokong UMNO/BN telah menyerbu dan menceroboh markas induk DPP dan menyerang petugas yang berada di situ.

Selain ditumbuk, pemuda PAS terbabit juga dihalau keluar meninggalkan markas itu.

Turut difahamkan ramai lagi petugas PAS dipukul malah ada juga yang dikejar dengan parang hingga ke rumah.

Seorang Exco DPP, Suhaizan Kayat yang maklum berkenaan kejadian tersebut berkata, penyokong UMNO/BN terbabit tidak berpuas hati kerana mendakwa pemuda PAS telah menjatuhkan bendera dan kain rentang parti mereka.

"Mereka tuduh kita jatuhkan bendera dan poster UMNO/BN. Mereka semua datang ke markas induk, terus tumbuk petugas kita bertubi-tubi. Bayangkan mereka menyerang dari luar markas sehingga ke dalam markas," ujar Suhaizan yang juga Ketua Penerangan DPP.
Kejadian sama juga berlaku di beberapa lagi markas pemuda yang lain dan semua bukti beserta maklumat lengkap sedang dikumpulkan.

Suhaizan juga kesal di atas kejadian itu menganggap penyokong UMNO/BN tersebut bertindak membelakangi undang-undang.

"Sepatutnya kalau ada bukti, buat lah laporan Polis, bukannya datang serang macam ni," katanya.

Ekoran kejadian tersebut, DDP telah mengarahkan semua pemuda di seluruh negeri datang ke Bagan Pinang hari ini bagi membantu gerak kerja kempen dan juga meningkatkan tahap keselamatann di sini.

Satu taklimat khas kepada pemuda yang hadir akan di adakan malam ini di markas induk mereka.

"Kita arahkan semua pemuda seluruh negeri datang bantu kita di sini, kita bukan nak buat kacau, tapi kita nak berkawal untuk keselamatan," ujar Suhaizan lagi.

Mereka juga yakin tindakan penyokong UMNO/BN tersebut sebagai terdesak dan cuba memerangkap pemuda PAS agar bertindak agresif bagi dijadikan modal kempen mereka.

"Kita yakin, ini satu provokasi dan perangkap mereka. Modus operandi sama sebelum ini diguna Abdul Azeez, tapi nampaknya tak berjaya. Jadi ini dia agenda mereka seterusnya," ujarnya lagi.

Dalam perkembangan lain, seorang saksi mendakwa dia melihat kumpulan samseng tersebut menggunakan senjata semasa melakukan serangan di beberapa tempat lain.

"Saya nampak mereka guna kayu, topi keledar, pedang dan senjata lain seperti besi semasa melakukan serangan," dakwa seorang saksi yang tidak mahu namanya didedahkan.

Selain mengoyakkan poster dan kain rentang PAS, samseng terbabit juga dikatakan turut memecahkan cermin dan merosakkan kereta milik penyokong Pakatan.
Berikutan itu DPP akan mengadakan satu sidang media tergempar dai Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut, jam 11 pagi ini.

perisik rakyat

Tuesday, October 6, 2009

Bukti bergambar, Azeez bukannya ditumbuk!

KUALA LUMPUR, 5 Okt: Benarkah Ketua Putera Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim telah ditumbuk oleh para penyokong PAS semasa hari pencalonan pilihan raya kecil Bagan Pinang diadakan baru-baru ini?

Laporan Azeez yang mendakwa telah ditumbuk oleh lebih kurang 10 orang penyokong PAS semasa hari penamaan calon mengemparkan seluruh negara.

Namun, dalam satu kenyataan yang diberikan oleh Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad hari ini membuktikan sebaliknya.

Ustaz Idris dalam kenyataannya, membuktikan bahawa dakwaan yang dibuat oleh Azeez adalah tidak benar apabila mendedahkan tiga keping gambar yang menunjukkan situasi sebenar semasa hari pencalonan tersebut.

"Penyokong PAS dikatakan menyerang beliau ketika beliau bersama Datuk Ismail Sabri berjalan berhampiran dengan kawasan penyokong PAS yang sebenarnya menjadi kawasan larangan bagi penyokong Umno-BN semasa hari penamaan calon sabtu lalu.

(Gambar 1: Ketibaan Azeez dan rombongan di kawasan penyokong PAS)

"Beliau telah membuat laporan Polis pada hari yang sama dan mendakwa mengalami lebam di tengkuknya. Beliau juga dilaporkan mengalami muntah-muntah dan telah dimasukan ke Hospital sehari selepas kejadian.

"Bagaimanapun 3 keping gambar yang menunjukkan kejadian sebenar telah diterima dan mengesahkan bahawa Azeez telah berbohong. Beliau melalui kawasan penyokong PAS walaupun sudah ditegur oleh pihak Polis,"jelasnya.

(Gambar 2: Azeez dicuit dan disapa oleh salah seorang penyokong PAS)

Tambahnya,ketika melalui kawasan berkenaan, seorang penyokong PAS menepuk bahu beliau, bukannya menumbuk seperti yang didakwa.

"Rakaman gambar yang dibuat menunjukkan beliau hanya tersenyum dan berlalu pergi tanpa adanya sebarang aksi tumbuk menumbuk.

"PAS mahu Azeez meminta maaf kepada rakyat Bagan Pinang dan seluruh negara atas pembohongan yang beliau lakukan. PAS yakin rakyat sedar bahawa lakonan beliau kali ini hanyalah semata-mata untuk meraih undi simpati dari rakyat,"tegas beliau sambil menambah bahawa rakyat jauh lebih bijak dari pemimpin BN yang gagal membuat skrip dan lakonan yang baik semasa hari penamaan calon.

(Gambar 3: Azeez dan rombongan berlalu pergi tanpa sebarang insiden)

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mendakwa Azeez hanya mereka-reka cerita yang dia dipukul oleh penyokong pembangkang sewaktu penamaan calon semalam.

Salahudin berkata, Azeez telah datang menemuinya dan memberitahunya yang dia telah dipukul oleh sembilan pemuda PAS.

Katanya, sekiranya benar Azeez dipukul oleh sembilan orang, sekurang-sekurang tentu ada tanda bengkak atau cedera.

Bagaimanapun, menurut Salahuddin yang juga ahli Parlimen Kubang Krian, dia tidak nampak apa-apa kesan pada Azeez.

Malah, katanya, baju Azeez juga bersih dan tiada tanda kotor sebagai bukti berlaku pergelutan antaranya dengan mereka yang menyerangnya.

Bercakap dalam satu sidang akhbar semalam, Salahuddin menyifatkan dakwaan Azeez itu sebagai satu pembohongan untuk mengelirukan rakyat.

Sebelum ini, Azeez mendakwa dipukul dan diterajang semasa berada di tengah-tengah kelompok penyokong PAS di luar pusat penamaan calon pilihan raya kecil Bagan Pinang pagi ini.

Beliau mendakwa telah dipukul "bertubi-tubi" lebih 20 kali oleh sekumpulan individu yang tidak dikenalinya dalam suasana kelam-kabut itu.

"Yang saya tahu, lebih daripada sembilan orang kerumuni saya. Saya terima lebih daripada 20 tumbukan," katanya ketika dihubungi oleh sebuah akhbar portal.

HarakahDaily.Net/-

Sunday, October 4, 2009

Bagan Pinang & Perak

oleh : perak kume

Apakan daya, tak sampai hajat nak ke Bagan Pinang, nampak gayanya sehingga selesai Perayaan Pilihanraya pun teman tak akan sampai... banyak koje yop kat sini!!!!! Macam- macam hal ada disini 2-3 hari ni.
Ada le teman terdengor tadi, masa teman hadir Taklimat dengan SPR pagi tadi. Ada le sorang kawan bercakap, katanya "orang besor-besor" di SUK tu dah terlepas cakap, katanya Kerajaan Haram Zambry ni, hayatnya dah nak sampai...bunyinya begini: " Kerajaan Perak ni hayjat nya dah pendek, tunggu masa je", lepas tu katanya lagi.."Ni nak Sidang DUN, pening lagi". Bayangkan kalau ADUN PR semua tak datang, kacau!!!, apa nak jadi Kerajaan ni", abis semua dunia tau..!!! itulah antara beberapa keping ayat yang disebutnya. Teman membawa cerita je, benor ke bohong, teman minta maaf awal-awal.
lagi satu, apa yang teman dapat tau, bakal-bakal calon BN Perak udah tangkap gambor!!! kata kedai gambor cina tu.."hoi kawan, ! ni BN punya olang aaa, sudah tangkap gambar tau, lu ada tau ka ni celita...."teman jawab, teman memang tak tau..!
itu belum masuk cerita, Zambry dah dapat " surat kecemasan" supaya DUN Perak mesti dibubarkan selewat-lewatnya 07 NOVEMBER 2009. pening!pening! macam-macam cerita yop!!!
pada semua teman-teman yang telah berada dan akan berada di Bagan Pinang, jage diri elok-elok..nanti ada yang kena tumbuk macam Ketua Putera UMNO tu.
Nanti ada pulak le cerita..anu si anu kena raba, kena selak, gangguan sexual..dan macam-macam cerita untuk MEMENANGKAN " si pendek ISA" , walaupun memang teman ni "pendek". Jaga baik, orang "pendek" ni, panjang akalnya. Kalau tak, tak kan 3 cina sanggup melabor untuk ISA..?( MSK cerita dalam blognye).