Monday, August 23, 2010

Menyambut kepulangan Ust Zulkifly di KLIA


salam kepada semua pengunjung...ust zul dijangka akan tiba dari misi Ramadhan di Gaza menaiki pesawat Royal Jordan jam 7.25 malam ini .

Thursday, August 19, 2010

Dua Wira Mavi Marmara Malaysia Terima Watikah dari PM Gaza, Palestin

Mustapa Mansor - Salah seorang aktivis Mavi Marmara menerima watikah dari Ismail Haniyeh

Dua wira Mavi Marmara Malaysia yang terlibat di dalam tragedi berdarah menggemparkan dunia pada 31 Mei lalu menerima watikah penghargaan tertinggi daripada Perdana Menteri Gaza Palestin, Ismail Haniyeh.

Mustapa Mansor, Setiausaha Inisiatif Malaysia untuk Pembebasan Palestin, MAPIM dan Ashwad Ismail, wartawan Astro Awani dikejutkan dengan penyampaian watikah berkenaan sewaktu kunjungan hormat delegasi misi Ramadan Di Gaza - March for Freedom MAPIM pada jam 2.00 petang waktu tempatan di Pejabat Perdana Menteri itu.

Sewaktu diminta reaksi spontan selepas menerima watikah penghargaan berkenaan, kedua-duanya menyatakan kegembiraan dan kesyukuran masing-masing.

"Saya gembira dan terharu dengan kesungguhan pihak pemeritah Hamas Gaza. Sebenarnya mereka sangat sensitif dan prihatin dengan apa yang terjadi. Kepedulian mereka sangat tinggi terhadap sesiapa sahaja yang telah berkorban untuk pembebasan Palestin," luah Mustapa.

"Secara peribadi, penghargaan ini meningkatkan lagi keyakinan dan kesungguhan diri saya untuk terus melakukan inisiatif mempertingkatkan kesedaran masyarakat dunia terhadap perjuangan rakyat Palestin. Bagi MAPIM pula saya bersyukur kerana inisiatif yang tidak mengenal penat lelah yang dilakukan MAPIM selama ini tidak sia-sia malah akhirnya membuahkan hasil dan mendapat pengiktiran," tambah beliau lagi.

Ashwad Ismail - Wartawan Astro Awani bersama Ismail Haniyeh

Ashwad pula memberi reaksi tersendiri. Kata beliau, "Saya melihat ini sebagai sesuatu yang cukup berharga dalam pengalaman sebagai seorang wartawan muda sepanjang usaha mengetengahkan konflik enam dekad Asia Barat. Saya amat menghargainya dan ia menjadi pembakar semangat kepada saya dan juga rakan-rakan wartawan lain untuk melaporkan realiti sebenar keadaan yang menimpa rakyat Gaza dan Palestin akibat penjajahan dan kekejaman dasar Israelisasi kerajaan Zionis."

Acara yang dihadiri menteri dan pegawai-pegawai tertinggi kerajaan Gaza Palestin telah mendapat liputan meluas stesen televisyen tempatan Al-Quds dan Al-Aqsa.

Dalam pertemuan satu setengah jam itu, pelbagai perkara telah dikemukakan Mohd Azmi Abdul Hamid, ketua misi Ramadan Di Gaza - March For Freedom kepada Ismail Haniyeh. Antaranya termasuk, cadangan pembinaan Hospital Kanak-Kanak di bandaraya Gaza, bantuan kemanusiaan termasuk makanan, kemasyarakatan dan perubatan serta usahasama pendidikan khususnya institusi pengajian tinggi.

Acara bersejarah itu juga menyaksikan Perdana Menteri Gaza Palestin mengalungkan selendang tertera bendera Palestin dan Malaysia kepada semua anggota delegasi.

Anggota misi RADIG-MFF bersama PM Ismail Haniyeh dan Pegawai Kerajaan Gaza, Palestin

Wednesday, August 11, 2010

misi berjaya masuk gaza

11 0gos 2010 6 pagi waktu malaysia

[Update dari team RM4G, Khyrul Hycal 9 hours ago] Alhamdulillah. Saya menjejakkan kaki di tanah Palestin. Saya berada di Gaza sekarang. Subhanallah. Syukur pada Allah.


‎[Update dari team RM4G, Khyrul Hycal 6 hours ago] Pimpinan wanita Hamas sangat bkarisma, bwibawa & sangat solehah. Pimpinan yang lelaki sangat mesra & low profile. Kagum dengan kpimpinan Hamas


[Update dari team RM4G, Khyrul Hycal 2 hours ago] Ramadhan yg sangat bermakna tahun ini. Tadi sempat menziarahi tempat syeikh ahmad Yassin dibunuh. Then, bertarawikh di msjid tertua di Gaza yg berusia 1500 tahun. Bacaan imam sgt mantap & kemas

Pelan Pembinaan Hospital Pediatrik di Gaza

Pelan Cadangan Hospital Pediatrik (kanak - kanak) di Gaza

Pada sidang media yang diadakan di Arish, MAPIM sebagai penganjur misi telah mendedahkan bahawa sebahagian dari Misi Ramadhan Di Gaza adalah untuk melihat tapak cadangan untuk hospital pediatrik di Gaza. Di samping itu berkemungkinan upacara perletakan batu asas untuk pembinaan tersebut bakal dijalankan. Sebahagian dari dokumen cadangan pembinaan hospital yang bernilai kira-kira RM127 juta (USD 36 Juta) boleh dilihat di bahagian

Tuesday, August 10, 2010

doakan keselamatan dan kejayaan kami di gaza

‎sekarang misi sedang menuggu untuk masuk ke gaza

[Update from website March for Freedom an hour ago]

Teman-teman sedelegasi saling berpelukan hingga menitis air mata dalam menghadapi detik mencabar di Gaza .

ust zul ada menghubungi keluarga sebentar tadi dengan nada yang sayu meminta supaya didoakan keselamatan semuanya.

Monday, August 9, 2010

video tv selangor- Misi Bantuan Mapim Berjaya Masuk El-Arish

Misi Bantuan Mapim Berjaya Masuk El-Arish

Group picture of the volunteers in front of Yemeni restaurant, on the way to Arish
Sumber berita oleh mStar Online
Gambar oleh Marchforfreedom.org
SHUHADA, Palestin: Misi bantuan kemanusiaan 'Ramadan March for Freedom' ke Gaza yang bertolak dari Kaherah pada pukul 1 petang Ahad (waktu tempatan) berjaya memasuki El-Arish, sebuah bandar pelancongan terletak kira-kira 345 kilometer dari Kaherah.

Misi yang terajui oleh Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) itu memasuki bandar berkenaan setelah melepasi pusat pemeriksaan keselamatan keempat di Belize.

Berdasarkan laporan oleh koresponden BERNAMA Radio24, Nizal Mohamad yang menyertai misi itu, kumpulan berkenaan sepatutnya melalui 18 pusat pemeriksaan dari Kaherah ke El-Arish yang terletak tidak jauh dari bandar Rafah.

"Walaubagaimanapun, di pusat keempat di Belize, polis terus mengiringi kami ke El-Arish," katanya.

Among the checkpoints on the way to Arish

Polis Mesir mengiringi rombongan ke Arish

Polis Mesir yang mengiringi konvoi ke Arish

Menurut Nizal, pemeriksaan keselamatan di setiap pusat mengambil masa kira-kira 15 minit manakala perjalanan dari Kaherah ke El-Arish mengambil masa selama enam jam.

"Semua anggota misi yang terdiri daripada 44 orang sukarelawan itu berada dalam keadaan sihat. Semua sukarelawan bersemangat tinggi bagi meneruskan misi ini.

"Tidak ada seorang pun menyatakan kerinduan kepada keluarga dan tanah air," katanya.

Sebahagian Srikandi Misi Ramadhan Di Gaza

Sebahagian srikandi misi Ramadhan Di Gaza

Mengikut jadual, misi yang diketuai Setiausaha Agung MAPIM Azmi Abdul Hamid itu akan bertolak ke Gaza Isnin dan dijangka berada di kem pelarian Gaza pada hari pertama Ramadan.

Arish

Arish

Sunday, August 8, 2010

terkini - ramadhan di gaza

Facebook Status - Nizal Mohammad - Salam semua! Hari Ketiga misi Ramadan di Gaza. Hari ini bakal bermula perjalanan delegasi misi ke Arish - bandar pelancongan yang tidak jauh daripada sempadan di Rafah. Anggota misi semua sihat alhamdulillah. The challenge is to pass through 18 checkpoints. Doakan moga berjaya....about an hour ago

Saturday, August 7, 2010

Keberangkatan sukarelawan Ramadhan di gaza(ramadhan march for freedom)

Sebahagian sukarelawan yang berangkat ke Gaza



Jumaat, 6 Ogos 2010 - Di atas dasar keprihatinan rakyat Malaysia tentang nasib saudara - saudara di Gaza, Palestin, MAPIM melalui kerjasama pelbagai NGO dan sokongan dari Kerajaan Negeri Selangor khususnya dan rakyat Malaysia amnya telah bangkit merealisasikan program Ramadhan Di Gaza / Ramadhan March For Freedom. Sukarelawan seramai 45 orang dari pelbagai latarbelakang dan usia berkumpul di KLIA untuk menghantar bantuan berjumlah kira-kira RM3 Juta dalam bentuk makanan, ubat - ubatan dan pelbagai keperluan kepada penduduk Gaza. Sekitar jam 8.30 malam, suasana di Balai Berlepas, KLIA meriah dengan sukarelawan, sekretariat, ahli keluarga dan pihak media bagi menunjukkan sokongan kepada program ini.

Ashwad Ismail & Mustapha Mansor

Ashwad Ismail (Astro Awani) & Mustapha Mansor (aktivis), dua individu yang turut berada di
atas kapal Mavi Marmara sewaktu insiden Flotilla di perairan antarabangsa berhampiran Gaza

Antara media yang kelihatan memberi liputan adalah Astro Awani, TV Selangor dan akhbar Sinar Harian. Semangat perjuangan turut dirasakan di kalangan ahli keluarga sukarelawan. Meskipun memahami risiko yang bakal ditanggung, riak wajah tenang oleh keluarga dan rakan - rakan yang mengiringi menenggelamkan suasana pilu yang wujud di hati masing - masing. Penerangan akhir diberikan oleh Setiausaha Agung MAPIM, Azmi Abdul Hamid atau Cikgu Azmi serta Mustapha Mansor. Pesawat berlepas dari KLIA kira - kira jam 10 malam dan sehingga artikel ini ditulis, para sukarelawan sedang transit di Bangkok kira - kira jam 1 pagi. Informasi terkini berkenaan sukarelawan Ramadhan March For Freedom boleh diikuti di laman web ini, atau boleh diikuti secara langsung pada jam 8.30 pagi melalui Bernama Radio 24 bersama dengan Nizal Mohammad (bekas pengacara/ penerbit TV3) sebagai Correspondent yang akan melaporkan secara langsung dari lokasi sukarelawan Ramadhan March For Freedom:Gaza