Sunday, December 20, 2009

Konvensyen lulus Dasar Pakatan Rakyat

Tiga pemimpin utama Pakatan Rakyat menandatangani dokumen Dasar Pakatan Rakyat selepas diluluskan konvensyen.

3 Muharram 1431


SHAH ALAM, 19 Dis: Tepat jam 5.30 petang 19 Disember, bertempat di Auditorium MBSA, Dasar Pakatan Rakyat diluluskan sebulat suara dalam konvensyen pertamanya.

Ia diluluskan apabila semua perwakilan berdiri dan mengangkat tangan tanda setuju apabila ditanya oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim berdasarkan cadangan Lim Kit Siang

Dokumen itu kemudiannya ditandatangani oleh tiga pemimpin utama Pakatan iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Dasar Pakatan Rakyat berupa dokumen yang dipersetujui bersama di kalangan pimpinannya dan diluluskan sebulat suara dalam konvensyen hari ini.

Ia mengandungi empat perkara asas iaitu demokrasi yang telus dan tulin, memacu ekonomi berprestasi tinggi, keadilan sosial dan pembangunan insan dan hubungan persekutuan - negeri dan dasar luar negara.Harakahdaily/-

Dasar Bersama Pakatan Rakyat

Dari Malaysiakini

Pakatan Rakyat mempertingkatkan usahanya untuk menguasai Putrajaya dengan mengumumkan dasar bersama Pakatan yang menjanjikan pembaharuan segera dan kesaksamaan.

Sebagai respons kepada musuh politiknya, Barisan Nasional, dasar bersama itu berjanji untuk mengurangkan dasar-dasar yang berasaskan kaum dan menggubal akta hubungan kaum dan akta peluang saksama serta dasar-dasar lain yang berasaskan merit seperti pemberian biasiswa kerajaan.

Ia turut menjanjikan layanan istimewa kepada Sabah dan Sarawak – di mana pengaruh Pakatan tidak kuat – dengan menjanjikan akses kepada royalti minyak serta berjanji untuk menyelesaikan masalah-masalah yang sudah lama berlanjutan.

Pakatan juga berjanji untuk menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyelesaikan isu-isu membabitkan isu pendatang haram, yang didakwanya tidak diberi perhatian oleh kerajaan pusat.

Sokongan kuat dari dua negeri Malaysia Timur itu amat penting dalam usaha Pakatan untuk menguasai Putrajaya dalam pilihanraya umum kerana satu perempat jumlah kerusi parlimen adalah dari sana.

Pakatan juga berjanji untuk menangani isu-isu agama yang selama ini telah menimbulkan pergeseran antara parti Islam PAS dan parti sekular DAP.

Di samping itu, Pakatan juga berjanji untuk mewujudkan satu mekanisme yang komprehensif untuk menangani kes-kes di mana berlaku bertindihan antara undang-undang sivil dan Syariah.

Untuk tujuan itu, sebuah suruhanjaya diraja akan ditubuhkan untuk mengkaji secara mendalam isu-isu yang berkaitan dengannya.

Agihan ekonomi negeri

Di peringkat institusi pula, Pakatan berjanji untuk memastikan kebebasan dan ketelusan sepenuhnya Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman bagi memulihkan keyakinan rakyat terhasdap sistem kehakiman.

Pembaharuan lain yang dijanjikan termasuk menjadikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Petronas dan institusi-institusi kerajaan yang lain dipertanggungjawabkan terus kepada Parlimen.

Ini termasuk mendapatkan kelulusan Parlimen bagi pelantikan jawatan penting kerajaan seperti ketua polis negara, peguam negara, pesuruhjaya SPRM dan ketua audit negara.

Mengenai ekonomi, Pakatan bercadang mendesentralisasikan pengurusan ekonomi negara bagi meningkatkan kecekapan, produktiviti dan taburan pembangunan yang seimbang.

Cadangan ini termasuk pengagihan kuasa pentadbiran dan ekonomi dan pelaksanaan kerja-kerja infrastruktur kepada kerajaan negeri.

Dasar Pakatan Rakyat itu merangkumi empat perkara, iaitu demokrasi telus dan tulen; memacu ekonomi berprestasi tinggi, mampan dan adil; keadilan sosial dan pembangunan insan; dan hubungan persekutuan-negeri dan dasr luar negara.

Thursday, December 17, 2009

AWAL MUHARRAM- doa akhir tahun dan awal tahun

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.


Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Peristiwa-peristiwa penting:

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
Allah menjadikan 'Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan alam.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Nabi Isa diangkat ke langit.

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"




DOA AWAL TAHUN

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".

BAJET NAJIB LULUS DENGAN KELEBIHAN 3 UNDI, BAJET ZAMBRY LULUS DALAM MASA 20 MINIT SAHAJA.

Misbahul Munir

Apa sudah jadi dengan Malaysia di bawah pemerintahan Najib? Bajet 2010 yang menelan belanja bilion ringgit diluluskan dengan suara lebih 3 undi sahaja iaitu 66 menyokong dan 63 menentang dalam pengundian lewat malam tadi. Najib hilang kredibiliti, Ia berlaku apabila bajet 2010 itu dibuat bacaan untuk kali ketiga dan diluluskan lewat malam tadi.

Peristiwa ini juga adalah yang pertama kali berlaku apabila satu bajet diluluskan dengan perbezaan undi yang sangat tipis. Jika ditolak, ia membawa implikasi besar terhadap kerajaan pimpinan Umno itu.

Semasa undian dibuat peringkat Jawatankuasa untuk Kementerian Dalam Negeri, iaitu kementerian yang terakhir yang dibahaskan, ia hanya diluluskan dengan majoriti satu undi sahaja.

Bajet kali ini paling tidak sempurna kerana bajet tersebut gagal menyakinkan ahli Parlimen PR dan juga Ahli Parlimen BN. Perbahasan berlaku dengan penuh kecelaruan dan ketidakyakinan. Pengundian pula dijalankan ketika jumlah Ahli Parlimen PR dan BN hampir sama ramainya, sekiranya kehadiran ahli Parlimen PR melebihi BN sudah pasti bajet tersebut akan ditolak, di mana maruah Najib yang sememangnya sudah tidak punya maruah lagi sekiraya bajet 2010 ditolak oleh parlimen ?

Beberapa ahli Parlimen PR melihat bajet 2010 banyak kelemahan, antaranya pengurangan RM58 bilion wang Petronas yang sepatutnya diterima dalam suku akhir tahun ini. Cadangan Usul Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya Bajet 2010 dinilai semula adalah sangat bertepatan. Bajet Najib dijangka akan gagal disebabkan faktor kesilapan kerajaan dalam mengambil kira pendapatan & perbelanjaan yang sewajarnya.

Di Perak bajet 2010 yang dibentang oleh Zambry dibentang dalam masa tidak lebih 20 minit. Bajet yang menelan belanja hampir 1 bilion, dibelanja untuk tempoh satu tahun dibentang dan diluluskan dalam masa 20 minit.

Bayangkan apa akan dan sudah terjadi dengan negeri Perak. Tidak pernah berlaku dalam sejarah pembentangan bajet seluruh negara di mana bajet yang dibentangkan tidak dibahaskan oleh seluruh adun kerajaan haram BN. Pakatan Rakyat sejak dari awal sememangnya tidak mengiktiraf pembentangan bajet tersebut, seklipun PR tidak mengambil bahagian, mengapa adun-adun BN tidak mengambil bahagian untuk membahaskan bajet tersebut.

Mengapa adun BN tidak memberi cadangan, pandangan dan kritikan kepada bajet tersebut, kerajaan haram BN pula akan memberi penjelasan dan jawaban-jawaban terhadap persoalan-persoalan yang dibangkitkan dalam sesi penggulungan. Bajet Perak 2010 sebenarnya bajet yang tidak kredibiliti, tidak ada nilai dan tidak ada maruah. Ia sama tidak bermaruah sebagaimana tidak bermaruahnya kerajaan BN yang merampas kuasa dengan jalan yang paling jijik dan kotor.

Tuesday, December 8, 2009

projek pemBODOHan orang melayu

Oleh : Tukar Tiub

United Malays National Organisation berkhayal bahawa gerombolan mereka sahaja yang mewakili orang Melayu. Dakwaan ini sebenarnya satu dongeng yang sengaja disebarkan untuk membodohkan fikrah orang Melayu.

Projek pembodohan Melayu ini sebahagian daripada strategi politik United Malays National Organisation. Selama lebih 50 tahun, proses pembodohan ini telah dilakukan. United Malays National Organisation amat amat sedar tanpa projek pembodohan ini, mereka akan hilang kuasa untuk memerintah.

Pada zaman feudal dahulu, orang-orang Melayu dibodohkan dengan pelbagai dongeng tentang daulat raja, tentang hikmat raja, tentang kehebatan raja, tentang ilmu raja atau tentang raja yang mewakili tuhan di bumi ini.

Dakwaan ini semuanya dongeng. Semua ini sebahagian daripada projek membodohkan Melayu.

United Malays National Organisation tidak mahu orang Melayu memiliki fikrah dan berkeupayaan untuk berfikir secara bebas. Susuk yang memiliki fikrah dan berkeupayaan berfikir secara bebas pasti akan menjauhkan diri daripada gerombolan ini.

Manusia yang berfikir akan berupaya untuk melihat tipu belit yang sedang dijalankan oleh gerombolan ini.

Projek pembodohan ini ada yang dijalankan dengan licik sehingga tidak dapat dilihat; ada pula yang amat jelas dan dapat dilihat dengan mudah. Projek pembodohan yang licik dan yang terang berjalan serentak untuk membonsaikan akal fikrah manusia Melayu.

Cara pertama:

Menakut-nakutkan Melayu tentang bahaya orang asing. Orang asing yang dimaksudkan oleh gerombolan ini tidak lain dan tidak bukan - orang Cina. Kaum ini dijadikan “momok” untuk terus menakut-nakutkan orang Melayu.

Akan ditimbulkan pelbagai cerita untuk membuktikan bahawa ekonomi negara ini dimiliki oleh orang Cina. Racun membenci Cina telah memandulkan fikrah Melayu untuk melihat dengan jelas bahawa wujud persekongkolan intim antara kroni gerombolan United Malays National Organisation dengan para cukong Cina.

Para cukong yang mengaut harta kekayaan sebenarnya bekerjasama dengan gerombolan United Malays National Organisation - kerjasama mereka ini seperti hubungan abang dengan adik.

Cuba kita kembali kepada kes bank Bumiputera Malaysia Finance (BMF) yang lingkup pada tahun 1980-an dahulu. Nama seperti Hashim Shamsuddin dan Lorraine Osman akan muncul; kemudian diikuti nama George Tan. Siapakah Lorraine Osman? Dia ini tidak lain dan tidak bukan bendahari gerombolan sendiri!

Skandal bilion ringgit ini hanyalah satu contoh daripada berjuta-juta contoh lain – belum lagi diambil kira kes PKFZ, Bakun, Perwaja, Formula 1, Piala Monsoon, KLCC – wujud kerjasama antara gerombolan dengan “orang asing” ini untuk menjarah hasil negara.

Cara kedua:

Menyebar berita dongeng bahawa sesiapa yang menentang United Malays National Organisation bererti menentang raja dan monarki. Dakwaan ini bukan sahaja dongeng tetapi cerita lawak.

Orang Melayu sengaja dibodohkan dan tidak diarifkan untuk memahami bahawa melawan, menentang atau mengkrtitik sistem monarki ini bukan sesuatu yang pelik atau menghairankan.

Dalam sejarah negara Arab, banyak raja telah dicampakkan dalam tong sampah sejarah. Raja Feisal dari Iraq, Raja Farouk (Mesir), Raja Idris (Libya), Raja Bagi Segala Raja Ahmad Reza Pahlevi (Iran) – semuanya dihumbankan.

Justeru, menentang monarki bukan sesuatu yang asing dalam sejarah tamadun manusia. Malah menentang monarki adalah tindakan progresif dan maju.

Tetapi orang Melayu sengaja dibodohkan agar terus terperangkap untuk tunduk melutut tanpa berfikir. Orang Melayu tidak diberi kefahaman yang jelas bahawa “menjunjung ke bawah duli” itu ertinya “menjunjung tapak kaki”. Orang Melayu tidak diberitahu bahawa “pacal” itu ertinya “anak anjing”.

“Patik pacal yang hina menyembah duli tuanku” bermakna “saya ini anak anjing yang hina menjunjung tapak kaki kamu”. Bukankah kenyataan ini kerja bodoh dan memperbodohkan diri sendiri?

Kenapa orang Melayu boleh dibodohkan sebegini? Kenapa orang Mealyu mahu menjadi bodoh dan terus dibodohkan?

Cara ketiga:

Sesiapa yang menentang United Malays National Organistion dikatakan menentang Islam. Dakwaan ini juga projek membodohkan orang Melayu. Bagaimana menentang gerombolan ini disangkutpautkan dengan agama tidak pula dilakar dengan jelas.

Islam ialah agama kepercayaan. Manakala United Malays National Organistion adalah satu gerombolan politik. Islam wujud 1,500 tahun dahulu. Gerombolan yang beroperasi hari ini hanya wujud semenjak tahun 1988. Manusia Melayu menganut Islam 500 tahun dahulu dan tidak ada sangkut paut dengan United Malays National Organisation.

Manusia Melayu menganut Islam bukan kerana United Malays National Organisation. Mereka menganut Islam kerana satu kepercayaan agama.

Tetapi orang Melayu di Malaysia ini terus ditakut-takutkan seolah-olah gerombolan ini wakil tuhan di atas bumi ini. Dakwaan ini karut. Tidak ada sesiapa yang mewakili tuhan di atas bumi ini. Menentang United Malays National Organisation bukan menentang agama, bukan menentang Islam dan bukan menentang tuhan.

Yang Maha Esa tidak pernah melantik United Malays National Organisation untuk menjadi wakilnya. Malah Yang Maha Esa tidak juga melantik pope, sami, dalai, ayatollah, paderi, rabbai untuk menjadi wakilnya.

Apa yang terjadi, para agamawan ini orang-orang yang beramal dan beribadat. Mereka mengikut selurus dan setepat mungkin ajaran-ajaran daripada kitab-kitab suci. Semua mereka hanyalah manusia yang sama seperti makcik dan pakcik di Felda Sungai Rokan – bezanya mereka boleh berfikir dan berilmu.

Ahkirnya:

Projek pembodohan Melayu ini telah dibudayakan. Ertinya, ia menjadi sebahagian daripada proses pembudayaan fikiran Melayu. Lembaga-lembaga daulah yang wujud diarahkan untuk terus menjalankan projek pembodohan ini.

Kaedah pembelajaran dan media menjadi dua lembaga yang digunakan untuk projek membodohkan Melayu. Media Melayu – jika dibandingkan dengan media yang bukan Melayu – amat ketara perbezaan kandungannya.

Tahap laporan berita, tahap tulisan rencana, tahap soal jawab agama dalam media Melayu – semuanya memiliki nilai bodoh yang amat tinggi.

Begitu juga kaedah pembelajaran dan keilmuan. Anak-anak muda Melayu terus diperbodohkan dalam sistem pembelajaran yang sedia wujud. Justeru, ibu bapa dalam masyarakat Cina tidak mahu anak anak mereka masuk ke sekolah aliran Melayu.

Mereka tidak mahu anak-anak mereka jadi bodoh. Dalam masa yang sama, makin ramai ibu bapa Melayu telah mula menghantar anak-anak mereka ke sekolah aliran Cina.

Di sekolah aliran bukan Melayu, masih ada peluang untuk anak-anak sekolah ini diajar berfikir, bukan diajar untuk menjadi bodoh.

Kemelut politik hari ini adalah hasil daripada projek pembodohan orang Melayu. Masih ramai lagi orang Melayu yang bodoh sehingga mereka gagal untuk membezakan apa yang betul dan apa yang salah; apa yang hak dan apa yang batil.

Projek bodoh ini telah juga memesongkan nilai budaya orang Melayu. Orang Melayu yang telah dibodohkan gagal melihat bahaya rasuah, malah mereka dengan bangga akan mengangkat pemimpin pengamal rasuah.

Orang Melayu yang telah berjaya dibodohkan gagal melihat bagaimana sistem kehakiman dan keadilan dalam negara ini boleh dijual beli. Mereka ini terus ingin menjadi bodoh.

Orang Melayu yang ingin terus menjadi bodoh gagal melihat pembunuh, penculik, pengambil rasuah – ini semua bukan pekerjaan salah.

Budaya songsang lagi bodoh ini melihat kejahatan itu sebagai baik dan suci kerana ia dilakukan oleh manusia Melayu beragama Islam yang memiliki kad gerombolan United Malays National Organisation.

Thursday, December 3, 2009

66,616 nama digugur dari senarai pemilih


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menggugurkan 66,616 nama daripada rekod pemilih berdaftar kerana pertukaran alamat, kematian, dilucut kewarganegaraan dan sebagainya dalam Daftar Pemilih Tambahan (DPT) bagi suku tahun ketiga 2009.

DPT yang diperakui SPR itu adalah bagi tempoh Julai hingga September tahun ini.

Berikutan itu, jumlah pemilih pendatar terkini ialah seramai 11,085,863 - termasuk 81,625 pemilih dalam DPT suku tahun ketiga itu, yang terdiri daripada 67,502 permohonan pemilih baru dan 14,123 permohonan pertukaran alamat pusat mengundi.

Dalam satu kenyataan hari ini, SPR turut memohon kerjasama orang ramai untuk membantu SPR membersihkan daftar pemilih daripada senarai nama pemilih berdaftar yang meninggal dunia.

"SPR memohon kerjasama mana-mana waris untuk menghantar salinan sijil kematian atau permit mengubur waris-waris mereka yang telah meninggal dunia kepada SPR.

"Waris-waris boleh menghantar salinan tersebut secara pos atau faks atau datang sendiri ke mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri ataupun ke Ibu Pejabat SPR di Putrajaya," menurut kenyataan itu.

Pemilih berdaftar turut digalakkan untuk menyemak Daftar Pemilih Induk 2006 bagi tujuan membuat pembetulan ke atas sebarang kesilapan seperti ejaan nama, nombor kad pengenalan, alamat, jantina dan sebagainya.

Orang ramai yang berminat boleh membeli DPT Suku Tahun Ketiga 2009 dengan membuat tempahan di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya.

Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi SPR di 03-8885 6500, mana-mana Pejabat Pilihanraya Negeri ataupun di laman web www.spr.gov.my. - Bernama

Pulau Pinang turut haramkan BTN


GEORGETOWN 2, Dis: Kerajaan Pulau Pinang hari ini mengikuti langkah Selangor apabila memutuskan bahawa semua kakitangannya dan pelajar institusi pengajian tinggi milik penuh kerajaan negeri diharamkan dari mengikuti kursus Biro Tata Negara (BTN) yang dianjurkan oleh Kerajaan Persekutuan berkuat kuasa serta-merta.

Pengumuman dibuat Timbalan Ketua Menteri 1, Dr Mansor Othman dalam sidang media di lobi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang tengahari tadi.

"Mulai hari ini Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengikuti langkah Kerajaan Selangor yang mengharamkan BTN kerana tidak melaksanakan modul sebenar bahkan mengisi modul dengan sikap jijik, menghina dan mencemuh kepimpinan Pakatan Rakyat, " jelasnya.

Kerajaan juga sedang mengkaji mana-mana pihak yang menganjurkan kursus serupa kerana ada laporan mengatakan mereka sengaja melemparkan kata-kata nista kepada pihak tertentu yang tidak menyokong Barisan Nasional (BN).

Menurut Dr Mansor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti, laporan yang diterima daripada peserta amat mendukacitakan malahan ada yang tertekan dengan tindakan membuli peserta jika mereka tidak memberi kerjasama kepada penganjur.

Walaupun ada usaha kerajaan BN untuk mengkaji semula BTN namun ia sudah terlambat kerana sudah ramai minda peserta telah dirosakan dengan doktrin perkauman dan tidak bertanggungjawab.

Menurutnya remaja sepatutnta dididik dengan modul yang baik bukan memburukan kepimpinan Pakatan Rakyat kerana golongan remaja adalah pemimpin masa depan yang semestinya mempunyai mutu pemikiran yang matang dan tidak terikat dengan kedangkalan fikiran terhadap Umno dan BN sahaja.

"Walaupun ada usaha BN untuk kaji semula namun ia sudah terlambat kerana sudah ramai pemikiran remaja telah diselewengkan dengan melemparkan tuduhan tanpa bukti semata-mata untuk menarik kembali sokongan terhadap BN, " katanya.

25 November lalu, Kerajaan Negeri Selangor, negeri pertama Pakatan Rakyat memutuskan untuk mengharamkan kakitangannya dan pelajar institusi pengajian tinggi milik penuh kerajaan negeri daripada mengikuti kursus atau program dikendalikan BTN.

Sehubungan itu, beberapa buah negeri Pakatan Rakyat yang lain juga sedang menimbang perkara tersebut.

HarakahDaily.Net/-

Monday, November 30, 2009

KENDURI MEGUKUHKAN SILATURRAHIM

30NOV09: Syukur dan Tahniah kepada Haji Wildan dan keluarga kerna menerima seorang lagi ahli keluarga berstatus menantu. Semuga kedua pengantin hidup berkekalan dalam keberkatan. Para jemaah RPA Dato' Meor Aeris Lubok Merbau mesra sekali menyambut para tetamu yang hadir termasuk saya dan ali keluarga.


Tuan Haji Wildan( berbaju melayu warna coklat )
sedang bersalaman dengan YB Zainuddin
sambil diperhatikan oleh Ustaz Zulkifly Bin Ibrahim

Saya berkesempatan bertemu dengan YB Haji Zainuddin yang begitu lama tidak ketemu dan bersembang semenjak rampasan kuasa oleh rejim Najib & Zambry.

Bicara dan sembang kami berfokus kepada beranikah kerajaan UBN bubar dun Perak. Nampaknya mereka belum berani kerana isu UBN ini tidak habis-habis. Mereka berhempas pulas mencari jalan untuk mendapat sokongan rakyat. Tidak ada pilihan mereka selain daripada terpaksa menerima pakai pendekatan PR untk mesra dengan rakyat. Yang terbaru berkumpullah mereka berqiyamulail di Masjid Sultan Azlan Shah atas nama program munajat. Semuga amal mereka ikhlas lillah. Dalam masa yang sama dalam kontek kepimpinan PR, sebagai pemimpin politik harus matang menanggapi sesuatu isu yang berbangkit, terutama isu-isu yang terpapar di media cetak UBN. Pemimpin politik PR jangan terlalu cepat menjadi hakim dan membuat komentar yang bukan-bukan. Kesannya sejak akhir-akhir ini akhbar UBN mudah melaga-lagakan fikrah sesama pimpinan PR. Kita kena ambil peluang betapa parahnya rakan-rakan komponen BN dibawah pimpinan najib. Boleh dikatakan semua komponen BN, MCA,MIC,Gerakan,PPP adalah masalah kepimpinan yang sangat parah. Ini jelas menunjukkan kelemahan PM najib bagi menyelesaikan rakan politik mereka. Dari dahulu lagi najib memang tidak ada kemahiran memimpin. Beliau lebih suka memilih jalan selamat, bagi melindungi kelemahan beliau. Yang menjadi berong najib sekarang adalah mahyuddin. Percayalah UBN akan terus bermasalah selagi mereka belum benar-benar mahu berubah sepenuhnya dengan ikhlas. Rakyat didahulu, pencapaian diutamakan hanya lah gimik sementara.

Sunday, November 29, 2009

Pakatan Rakyat Perak kukuh

29 Nov, Ipoh -
1.PRU12 telah menunjukkan komitmen PR melaksanakan agenda perubahan . Ini terbukti dengan kejayaan memerintah 5 negeri dibawah Pakatan Rakyat . Pelbagai perubahan dan dasar yang baru telah dilakukan disetiap negeri PR semata-mata untuk kepentingan dan kesejahteraan rakyat .

2. Negeri Perak antara negeri PR yang menjadi contoh ketika memerintah negeri Perak. Selama 10 bulan memerintah negeri, PR Perak berjaya menunjukan prestasi khidmatnya kepada rakyat. Mengikut audit negara, PR negeri Perak berjaya mengurus kewangan negeri dengan baik. Tiada unsur rasuah.


Pengerusi DAP Perak YB Dato' Ngeh Koo Ham menunjukkakn
buku laporan kewangan kerajaan negeri perak
dari tahun 1997-2005 hanya dalam satu buku
dan perbelanjaan tersebut penuh dengan penyelewangan

3. Pemimpinnya tidak berebut mengambil peluang tetapi berusaha melaksanakan tanggungjawab dengan baik. Sebaliknya para pemimpin UMNO yang dilantik menjadi ahli Majlis Bandaraya Ipoh berebut-rebut untuk mendapatkan projek. Ini maklumat yang diberikan oleh pegawai tertinggi MBI kepada saya ketika saya dan rakan-rakan mengunjungi beliau baru-baru ini.

4. Ternyata dasar yang dibuat oleh PR Perak telah diikuti oleh UBN dalam konteks meraih keyakinan rakyat terhadap BN.

Pelbagai usaha yang dilakukan termasuklah UBN mulai menggunakan pendekatan agama. Walaubagaimanapun perilaku pemimpin UMNO masih tidak berubah. Ada Ketua Bahagian UMNO Go........ melesapkan peruntukan MB kira-kira RM20ribu untuk jamuan Hari Raya baru-baru ini . Berbanding semasa PR memerintah, bayaran kepada pembekal makanan dibayar dalam tempuh 2 minggu. Kata seorang cateree makanan kepada saya.

5. Walaupun Kerajaan Perak telah dirompak oleh BN dibawah agenda Najib, namun pemimpin dan pendokomg PR masih kuat dan bersatu untuk merencana semula agenda memimpin kerajaan negeri Perak.

6. Dalam konvensyen DAP, kesemua pimpinan PR telah menunjukkan komitmen bersama untuk terus memperkukuhkan PR di negeri ini. PR Perak kini sentiasa mengambil keputusan bersama dan berusaha mengelakkan daripada timbul isu-isu yang merugikan PR.


Konvensyen DAP Perak telah diadakan pada pagi tadi yang telah
dirasmikan oleh YB Lim Guan Eng selaku Setiausaha Agung DAP

Sewaktu ucapanya beliau telah menyebut 5 perkara kejayaan sewaktu pemerintahan PR Perak :

1. Kerajaan PR Perak telah memberi bantuan kepada semua sekolah iaitu sekolah agama rakyat,sekolah jenis kebangsaan cina dan tamil

2. Pemberian hak milik tanah kepada rakyat perak .

3. Prestasi keewangan yang betul dan bersih sehingga terdapat jabatan yang mendapat markah terbaik .

4. Keberanian speaker yang tidak tunduk kepada kemahuan UBN demi mempertahankan keadilan kepada rakyat .

5. PR Perak telah menunjukkan gabungan yang baik sehingga berjaya mengadakan Konvensyen Pakatan Rakyat yang pertama dan telah diikut untuk diadakan di peringakat kebangsaan .


Antara pimpinan dari PKR dan Pas yang turut hadir
sewaktu perasmian Konvensyen DAP Negeri Perak

Saturday, November 28, 2009

Jamuan Aidiladha PR Perak Meriah

28Nov, Taman Meru,11.30 pagi- Bertempat di perkarangan rumah Haji Asmuni Awi, Pengarah Pilihanraya PAS Perak berlangsungnya Qurban secara besar-besaran. 17 ekor lembu telah dikorbankan. Sebahagian daripada masyarakat di Taman Meru telah menyertai acara korban bersama dengan teman-teman KEADILAN dan PAS.Pimpinan PR yang turut hadir terdiri daripada Pengerusi KEADILAN Perak Sdr Mustafa Kamil Ayub,Ustaz Zulkifly Ibrahim,3 orang YB , Chan Lih Kang, Chan Meng Kai , Tai Sing NG dan YB Su dari DAP. Para petugas menunjukkan semangat kerjasama yang jitu menyiapkan tugasan masing-masing. Kira-kira setengah jam saya disana, sempat juga berbual dengan seorang warga amerika yang baru memeluk Islam. Beliau sangat komited dengan Islamnya. Semasa berinteraksi dengan teman-teman bertugas, ada juga mereka berpandangan pada tahun hadapan kita buatlah majlis korban bersama dengan masyarakat diluar untuk memasyarkatkan PR. Tidaklah dirumah ahli semata-mata. Biar orang kenal pimpinan PR . Betul juge mereka kate tu ye .........


Abang Alias seorang aktivis PR yang sangat komited dengan kerja-kerja
Islam dan masyarakat. Op ....op ..... jaga-jaga nanti kena korban pulak tangan
sahahat kita tu....


Saya sempat bertanya khabar dengan seorang pensyarah UTP yang
berasal dari Amerika. Minatnya kepada Islam kerana beliau mendapati kandungan
Al Quran sangat relevan dengan kehidupan manusia berbanding dengan Bible. Pak Salleh sebelah tu memegang tongkatnya sambil berceloteh mengenai poligami

Program 3 dalam 1

28 Nov, Ulu Kuang,Chemor, 10 Pagi- Suasana kemeriahan Aidiladha dengan Ibadah korban masih lagi diteruskan oleh ummat Islam khususunya dikawasan Ulu Kuang . Pakatan Rakyat Ulu Kuang telah membuat sesuatu kelainan berbanding tahun lepas dengan mengadakan 3 program dalam 1 majlis yang telah diadakan di Pusat Kegiatan Komuniti Ulu Kuang. Kelainannya adalah majlis tazkirah sebelum penyampaian daging korban oleh AF Ustaz Zulkifly Bin Ibrahim , Pelancaran Pusat Kegiatan Komuniti dan penyampaian daging korban kepada penduduk setempat .


Ketua kampung Ulu Kuang- Tuan Haji Abdullah


Majlis Tazkirah yang disampaikan oleh AF Ustaz Zulkifly bin Ibrahim


Majlis pelancaran Pusat Kegiatan Komuniti disempurnakan dengan
simbolik membaling "dart" . Pusat ini bertujuan sebagai tempat mengadakan aktiviti masyarakat terutamanya kepada golongan muda


Majlis penyampaian daging korban


Kehadiran penduduk setempat ke majlis tersebut

Friday, November 27, 2009


Daripada :
Ustaz Zulkifly Bin Ibrahim & keluarga
Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat

Monday, November 23, 2009

SPR Gagal Dapat Perintah Tangguh Keputusan Kosongkan Kerusi Kota Siputeh

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal mendapat perintah untuk menangguhkan keputusan mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Kota Siputeh sebagai kosong.

Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasakuasa Khas) hari ini menolak permohonan SPR bagi mendapatkan perintah penangguhan itu tetapi suruhanjaya itu telah merujuk perkara berkenaan kepada Mahkamah Rayuan dengan mengemukakan satu lagi permohonan untuk perintah penangguhan.

Jika ia tidak mendapat perintah itu, SPR perlu mengeluarkan writ menjelang Rabu ini bagi mengadakan satu pilihan raya kecil di situ.

Hakim Alizatul Khair Osman Khairuddin berkata beliau bersetuju dengan Sulaiman Abdullah, peguam utama bagi Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail, bahawa SPR gagal menyakinkan mahkamah berhubung isu keadaan luar biasa bagi mewajarkan permohonan itu dibenarkan.

Katanya alasan mengenai implikasi kewangan yang dinyatakan oleh Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Kamaruddin Md Said yang mewakili SPR, tidak boleh ditakrif sebagai satu keadaan luar biasa.

"Mengikut undangundang, menguruskan pilihan raya merupakan tanggungjawab biasa SPR dan suruhanjaya ini tidak merujuk mana-mana undang-undang kes untuk menyokong hujahnya," kata Alizatul.

Pada 17 November lepas, SPR mengemukakan permohonan itu setelah Alizatul membuat keputusan sehari sebelum itu bahawa kerusi berkenaan kosong kerana mendapati penyandangnya Datuk Abu Hassan Sharif daripada Barisan Nasional (BN) gagal menghadiri dua mesyuarat dewan itu berturut-turut tanpa mendapat cuti.

Mahkamah membuat keputusan itu ekoran tindakan Speaker DUN Kedah memfailkan semakan perundangan setelah SPR menerima sijil sakit Abu Hassan dan mengisytiharkan tidak berlaku kekosongan dan beliau masih mewakili kerusi itu.

Dalam penghakimannya hari ini, Alizatul berkata tanpa unsur keadaan luar biasa, mahkamah tidak dapat membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan keputusan itu.

Abu Hassan turut hadir pada prosiding hari ini. BERNAMA

Teruskan Perjuangan Mengangkat Martabat Blogger


Salam perjuangan kepada semua teman-teman Blogersperak network yang cukup komited dengan fikrah perjuangan. Sesunguhnya minda saudara punya pengaruh besar menyedarkan masyarakat sehingga mampu membawa rakyat khususnya di negeri perak berani dan terus bersama perubahan.Teruskan dengan pandangan kritis saudara, dengan niat untuk wasi ( NASIHAT) serta membuat teguran membina kepada siapa sahaja hatta kepada pemimpin. Itulah antara lain objektif pertemuan kita sejak setahun yang lalu dibawah kelolaan urusetia Penerangan PR.Jangan gundah gelana,LA TAHZAN, DONT BE SAD. Kerana kita dipimpin oleh Allah sepertimana firmannya : DAN TIDAKLAH AKU UTUSKAN KAMU WAHAI MUHAMMAD KECUALI MEMBAWA BERITA GEMBIRA DAN PERINGATAN. BARANGSIAPA BERIMAN DAN MEMBUAT ISLAH - PEMBAIKAN, MAKA JANGAN KAMU TAKUT, DAN JANGANLAH KAMU GELISAH. Saya sangat bersetuju dengan sdr Al Banjari supaya kita terus bertemu dan berbincang dengan semangat jemaah untuk menegakan kebenaran dan menentang kezaliman. Selamat Ulangtahun 1 PERAKBLOGGERSNETWORK . Citra madani - Zulkifly Ibrahim - Mantan Pengarah urusetia Penerangan PR.

Selamat Ulang Tahun

Salam sejahtera buat blogger yang datang dari blogger network..sama ada masih bernaung atau bergerak sendiri ..hari ini dah genap setahun blog ini dibuka....sebab apa ? PERUBAHAN. Itu saja..masih ingat lagi ke kata2 keramat yg diucapkan masa pembukaan Cambah Fikiran??

lawat juga .UMMI ANNI, FAKULTI SIYASAH POLITIK, AL-BANJARI



Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. (al-Hujurat;6).
.
Sengaja aku copy paste semula ayat yang menjadi 'pemangkin' utama matlamat program Cambah Fikiran Isu-Isu Semasa Bersama Jentera Penerangan Negeri Perak. Sebab ramai antara kita dah mula lupa dari mana asal kita dan mana datangnya hits berjuta2 kat blog masing...

Dr Wahab antara yang komen masa blog ini dibuka...

Usah anggap diri sendiri terlalu kecil. Allah tegaskan dalam Qur^an, walau sekecil atom (zarrah) pun tetap dicatat (nilai) baik atau sebaliknya. Atas dasar inilah saya kemukakan cadangan supaya tubuh KAMAR. Setiap pemaya, walau sekecil mana ideanya memang bermanfaat dan boleh dimanfaatkan. Tahniah dan selamat menjadi komuniti KAMAR.

Aku sedih sebab ramai dah mula buat hal masing-masing..tambahan pulak aku lagi sedih bila aku dapat tau yang ada dah tinggalkan blogger network..huuhuhuh..betui2 sedih...

Kita bekerja ke arah kebaikan...dan salah satu matlamat kita adalah membantu paktan rakyat....orang paham kita nie antara penggerak awal dalam melaksanakan politik perubahan yang baru dan ianya dah pun jadi kenyataan. Tapi kalau sesama kita tak boleh nak bersatu, tak boleh bertolak ansur apa akan berlaku pada orang yang membaca?? Adakah depa ni akan paham apa yang kita nak sampaikan??

Aku tau dan paham mesti orang kata "peduli apa orang lain nak kata, ini blog aku..aku punya suka!!"..memang betui blog hangpa tapi jangan kita terlalu angkuh sebab ujian akan datang pada bila-bila masa..bukan hangpa tak perasan..dah ada 2-3 blog yang mula ada problem dan dah ada pun yang terus hilang kerana berlaku perkara yang tak sepatutnya ...

Tak payah la aku sebut.....tapi memang dah ada pun..

Aku tetap dengan blogger network sebab ini asal blog colourluna...dan aku akan membantu sedaya upaya aku dalam melaksanakan apa yang terdapat dalam KAMAR, apa yang diungkapkan dalam Cambah Fikir..dan yang paling penting apa PERUBAHAN yang nak dilakukan pada orang-orang di sekeliling aku...dan aku tak kisah kalau blog ni tak tersenarai pun dalam ranking..sebab itu bukan matlamat utama...yang penting diri aku sendiri sedar akan PERUBAHAN yang perlu dilakukan..

Sekali lagi tahniah buat semua blogger yang bernaung dan penah bernaung...cuma aku nak minta pada hangpa buang yang keruh....buang yang ego...buang yang angkuh...kita ni manusia...kesilapan kekadang kita tak nampak...cuma kalau kita salah..cuba la untuk minta maaf..itu je...kan lebih manis...




















KEMENANGAN ITU CUMA SATU KEMANISAN DALAM PERJUANGAN

Selamat ulang tahun blogger network..semoga perubahan ke arah kebaikan akan sentiasa dapat menjadi kemanisan dalam hidup ini.


-thatguy- BY LUNA

Sunday, November 22, 2009

Program Mengakar Merimbun PKR berjaya



21 Nov, Bagan Serai - Program Mengakar Merimbun sempena 10 tahun Parti Keadilan Rakyat Perak yang telah diadakan di Dun Alor Pongso telah mendapat sambutan dengan kehadiran rakyat setempat . Program ini yang bermula dari 8.00 pagi hingga 11.00 malam telah berlangsung di perkarangan Surau Al-Ansari . Pelbagai aktiviti untuk semua golongan termasuk kanak-kanak telah diadakan disamping penyampaian bantuan kepada mangsa banjir baru-baru ini .Program ini diserikan lagi dengan kehadiran Ahli Majlis Pimpinan Negeri Perak :

1. Yang berbahagia Saudara Mustaffa Kamil Ayub - PMPN
2. Yang berbahagia Saudara Madzi Hasan - Naib MPN
3. YB Yunus Jamhari - Ketua AMK Perak
4. Ustaz Zulkifly Bin Ibrahim - Ketua Penerangan PKR Perak
5. Wakil-wakil cabang PKR


Ucaptama PMPN
Yang Berbahagia Saudara Mustaffa Kamil Ayub


Bergambar bersama AJK Program Mengakar Merimbun
Cabang Bagan Serai


Pertandingan memasak kaum Ibu


Pertandingan gubahan


Lawatan melihat hasil gubahan


Majlis penyampaian hadiah kepada semua peserta


Penyampaian bantuan kepada mangsa banjir

Program ini telah diakhiri dengan Ceramah isu-isu semasa selepas solat Isyak oleh Ustaz Zulkifly Bin Ibrahim ( Ketua Penerangan PKR ) dan Dr Mohdnur Manuty ( Ahli Majlis Pimpinan Pusat ) . Tahniah diucapkan kepada Cabang Bagan Serai diatas kejayaan program ini .

Saturday, November 21, 2009

Ceramah Mendapat Sambutan

20 Nov, Jalan Dato, Manjoi - Ceramah Penerangan Isu Semasa anjuran Pakatan Rakyat telah mendapat sambutan dari rakyat setempat khusunya orang melayu .

Penceramah

1. Dato Seri Nizar Bin Jamaludin - Menteri Besar Pakatan Rakyat
2. Dr Khairuddin Bin Dato' Abdul Malik - YDP Pas Tambun
3. Ustaz Zulkifly Bin Ibrahim - Ketua Cabang Tambun


Monday, November 9, 2009

PKR namakan JK Kerja MPN baru

Satu kenyataan media telah dikeluarkan oleh Pengerusi Pimpinan Negeri (PPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang baru, Sdr Mustaffa Kamil Ayub. Kenyataan tersebut antara lain menyenaraikan nama-nama ahli JK Kerja Majlis Pimpinan Negeri (MPN) baru dilantik.

Menurut kenyataan tersebut, “sebanyak 3 siri mesyuarat khas telah di adakan dengan semua ketua cabang KEADILAN Negeri Perak.”

PKR juga telah membuat satu perbincangan khas bersama ketua-ketua cabang dalam membentuk JK Kerja MPN meneliti aspek-aspek gabungan muka baru dan lama, perimbangan kaum, berusaha ke arah 30% wanita, potfolio berdasarkan potfolio kerajaan negeri Perak dan beberapa pertimbangan lain.

Nama-namaJK Kerja MPN yang baru dilantik;

PPN : Mustaffa Kamil Ayub

TPPN: Dr. Lee Boon Chye

NPPN: Madzi Hasan

NPPN: Chang Lih Kang

NPPN: Kesavan Subramaniam

Ketua AMK: Abd Yunus Jamahri

Ketua Wanita: Fathmawati Salim

SU : Anuar Zakaria

TSU : Zainal Abidin Alias

Bendahari: Tai Sing Ng

T Bendahari : Dato’ Dr. Yap Yit Thong

Ketua Penerangan: Zulkifly Ibrahim

T Ketua Penerangan: Hazha Hawalid

Ketua Whip DUN Perak : Chan Ming Kai

T Ketua Whip DUN Perak: Kesavan Subramaniam

T Ketua AMK: Chan Ming Kai

T Ketua Wanita: Noriah Nordin

Ahli MPN :

Haji Mhd Supian B Nordin

Haji Hamzah Bin Mohd Zain

Hj Mohamad Aun Bin Yob Abas

Alias Zenon

Leong Tuck Kuan

Fauzi Muda

Chun Weng Sum

Haji Ahmad Shaarani Bin Abdul Khalid

Ridzuan Bani

Haji Yahya Bin Othman

Mohamad Azman Marjohan

Robert Ngo Chin Peng

Hj Usaili Alias

Abdul Rahman Bin Uda Mat Isa

Ketua Biro Politik : Mustaffa Kamil Ayub

Ketua Biro Pilihan Raya : Ismail Yusop

Ketua Biro Latihan : Abd Rahim Sabli

Ketua Biro Strategi: Mohd Nasib Rahin

Ketua Biro Keusahawanan : Mohsin Fadzli Haji Samsuri

Ketua Biro Ekonomi: Dato’ Dr. Yap Yip Thong

Ketua Biro Pembangunan Industri: Tai Sing Ng

Ketua Biro Integrasi : Thina Garan

Ketua Biro Keahlian : Chang Lih Kang

Ketua Biro Orang Asli: Arsian

Ketua Biro Guaman dan Undang2: Baldip Singh

Ketua Biro Pertanian & Perladangan : Dato’ Dr. Shanmugan

Ketua Biro Kesihatan: Dr. Subramaniam.

Ketua Biro Pengurusan dan Komunikasi: Anuar Zakaria

Ketua Biro Agama dan Pendidikan : Hj.Suwardi Hj.Sapuan

Ketua Biro Pembangunan Perdesaan : Haji Abdul Hamid Ali

Ketua Biro Hal Ehwal Pengguna : Madzi Hasan

Ketua Biro Kebajikan: Mashirah Md Yusof

Ketua Biro Kebudayaan & Sukan: Muzaffar Shah Khairuddin

Ketua Biro Kerajaan Tempatan: Liow Yong Lih

Ketua Biro Antarabangsa : Wendy

Ketua Biro Pembangunan & Perlancongan : Suzana Manja

Ketua Biro NGO: Ng Mun Yin

Sementara itu Mustaffa Kamil Ayub, Dr. Lee Boon Chye, Dr. Mohamad Nur Manuty, dan Sdr Nordin Mahmud dilantik. Penyelaras Panel Perunding bagi Sains & Teknologi, Tanah, Pengangkutan Awam dan Isu-Isu Utama.

sam ahmad

Saturday, October 31, 2009

BARISAN BARU PKR PERAK


Mesyuarat Majlis Pimpinan PKR Perak yang berlangsung jam 8.00 malam tadi telah mengumumkan barisan baru bagi menjayakan 5 Misi merampas kembali Perak.

Malaysia Untuk Semua

PENGERUSI MPN
Hj Mustaffa Kamil Ayub
( Pemangku Ketua Cabang Pasir Salak)

TIMBALAN PENGERUSI
Sdr Zulkifli b Ibrahim
( Ketua Cabang Tambun)

NAIB PENGERUSI
YB Sdr Chang Lih Kang
( Adun Teja )
YB Sdr S. Kasevan
( Adun Hutan Melintang )
Sdr Madzi b Hasan
( Ketua Cabang Bagan Datok )

SETIAUSAHA MPN
Sdr Anuar b Zakaria
( Tim Ketua Cabang Gopeng )

PENOLONG SETIAUSAHA
Sdr Zainal Abidin b Alias
( Ketua AMK Padang Rengas )

BENDAHARI
YB Sdr Tai Sing Ng
( Adun Kuala Sapetang / Ketua Cabang Bt Gajah )

TIMBALAN BENDAHARI
Datuk Dr Yap Yit
( AJK Cabang Lumut )

KETUA PENERANGAN
Sdr Md Nasib b Abdul Rahin
( Ketua Cabang Bagan Serai )

TIMBALAN KETUA PENERANGAN
Sdr Hazha b Hawalid
( Bekas Pegawai Khas YB Jamaluddin)

PENGARAH PILIHANRAYA
Hj Ismail b Yusop
( Ketua Cabang Bukit Gantang )

BIRO PERUNDANGAN
Sdr Baldip Singh
( Cabang Kampar )

BIRO PELANCONGAN
Pn Suzana Manja bt Ibrahim
( Tim Ketua Cabang Ipoh Timur)

BIRO LATIHAN
Hj Rahim b Salbi
( Cabang Kuala Kangsar )

BIRO AGAMA DAN PENDIDIKAN
Ust Hj Suwardi b Hj Sufian
( Ketua Cabang Lumut )

BIRO INTEGERITI
Sdr Tinagaran
( Cabang Ipoh Timur )

BIRO KEBAJIKAN
Hajjah Mashirah
( Ketua Wanita Ipoh Timur )

BIRO BELIA DAN SUKAN
Sdr Muzaffar Shah b Khairuddin
( Ketua AMK Teluk Intan )

KETUA AMK NEGERI
YB Sdr Abdul Yunus b Jamhari
( Adun Kuala Kurau )

KETUA WANITA
Hajjah Fathmawaty bt Salim
( Ketua Wanita Gopeng )

Tahniah kepada semua, tanggungjawab yang diberikan laksanakanlah sebaik mungkin, ahli parti mengharapkan perubahan ini akan membawa makna yang lebih baik....

Konvensyen Pakatan Rakyat Perak mendapat sambutan luarbiasa.

Perwakilan dari semua parti gabungan dalam Pakatan Rakyat Perak memenuhi dewan sebuah hotel terkenal di IPOH dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Perak kali pertama.

Resolusi Konvensyen Pakatan Rakyat Perak.


IPOH : Konvensyen Pakatan Rakyat Negeri Perak yang telah bersidang pada 31 Oktober 2009 bersamaan 12 Zulkaedah 1430 telah merumuskan resolusi berikut :-

i. Kesepakatan dan perpaduan Pakatan Rakyat perlu terus diperteguh dan diperkasakan bagi menumbangkan UMNO/BN. Segala bentuk prejudis dan prasangka buruk sesama rakan Pakatan Rakyat perlu dihindari.

ii. Meningkatkan amalan prinsip ‘collective decision’ melalui meja rundingan sebagai kaedah penyelesaian masalah.

iii. Mengukuh dan menggerakkan organisasi parti dengan penekanan serius kepada menubuh dan menggerakkan majlis pemuafakatan Pakatan Rakyat di semua peringkat parti.

iv. Menghapuskan doktrin perkauman sehingga ke akar umbi seterusnya meningkatkan hubungan sesama rakyat, kakitangan kerajaan, ahli politik, NGO dan Istana.

v. Menampilkan calon berwibawa dan berintegriti sebagai asas dan fokus kemenangan calon Pakatan Rakyat di DUN dan Parlimen. Fokus kepada program pembangunan jatidiri seluruh ahli parti terhadap perjuangan masing-masing.

vi. Meneruskan prinsip 5K Keadilan, Kewibawaan, Ketelusan, Kebajikan dan Kebebasan sebagai asas bekerja dan memerintah.

vii. Menerus dan memperbanyakkan siri dan media penerangan keseluruh negeri agar rakyat menerima maklumat yang tepat dan pemikiran rakyat tidak dijajah oleh Umno/BN.

viii. Program mewujudkan ‘kebersamaan’ antara parti komponen Pakatan Rakyat perlu segera dilaksanakan agar seleruh ahli Pakatan Rakyat memahami perjuangan rakan seperjuangan.

ix. Munajat yang berterusan bagi memohon pertolongan dan keredhaan Allah swt sama ada sewaktu dilanda krisis mahupun tidak.

x. Jawatankuasa resolusi mencadangkan agar gagasan Pakatan Rakyat disegerakan pendaftaran diperingkat nasional dengan penggunaan 1 logo.

IKRAR PESERTA KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT PERAK KALI PERTAMA YANG BERSIDANG DI HOTEL SYUEN IPOH.



Bahawasanya kami peserta Konvensyen Pakatan Rakyat Negeri Perak yang bersidang hari ini 31 Oktober 2009 bersaman 12 Zulkaedah 1430 di
Hotel Syuen Ipoh dengan tema “Hidupkan Demokrasi Selamatkan Rakyat Perak”

Sesungguhnya dengan sepenuh hati dan iltizam dengan ini berikrar akan :

-Memperkukuh Pakatan Rakyat Negeri Perak,
-Meningkatkan usaha membubarkan DUN Negeri Perak,
-Memperkukuh perpaduan Parti di segenap peringkat,
-Mempertingkat usaha menentang kezaliman UMNO dan Barisan Nasional,
-Terus memperbaiki dan menyusun Jentera Pilihanraya Parti bagi memenangkan Pakatan Rakyat memerintah semula negeri Perak.

Wednesday, October 28, 2009

JKR tidak lulus jambatan maut

Jambatan gantung yang runtuh sehingga mengakibatkan seorang murid sekolah meninggal dunia dan dua lagi hilang dalam tragedi kelmarin dibina tanpa mendapat kelulusan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Pengarah JKR Perak Datuk Dr Safry Kamal Ahmad memberitahu Malaysiakini hari ini, pihaknya juga tidak mengetahui kontraktor yang terlibat dengan pembinaan jambatan tersebut.

"Anggaran kos juga kita tidak boleh cakap kerana tidak ada penilaian kos yang dibuat," katanya ketika dihubungi petang ini.

Jelasnya, beliau juga tidak dapat memberi butiran berkenaan kerana maklumat tersebut tidak disampaikan kepadanya dari pihak pentadbiran SK Kuala Dipang, lokasi jambatan maut itu.

Pelan pembinaan jambatan yang dibina merentasi sebuah sungai berhampiran sekolah itu di Kampar sepatutnya dirujuk kepada JKR terlebih dahulu sebelum diluluskan, tambahnya.

"Kalau ikut amalan biasa, kena rujuk kepada JKR terlebih dahulu," kata Dr Safry.

Jelasnya lagi, JKR seharusnya dirujuk memandangkan jambatan itu dibina dalam sebahagian kawasan sekolah.

"Kawasan tapak perkhemahan di seberang sungai itu juga termasuk dalam kawasan sekolah," katanya, sambil menambah struktur itu dibina tanpa merujuk sebarang agensi teknikal.

Jambatan baru sepanjang beberapa puluh meter di belakang kawasan sekolah itu siap dibina kira-kira dua minggu lalu untuk menghubung sekolah dengan tapak perkhemahan.

Sewaktu kejadian pada 10.30 malam Isnin lalu, 22 murid sekolah rendah yang menyertai program perkhemahan 1Malaysia tetapi 19 lagi dapat diselamatkan.

Dr Safry, yang bakal menganggotai jawatankuasa khas untuk menyiasat kejadian berkenaan seperti diumumkan timbalan perdana menteri semalam, juga berkata:

"Setakat ini kita cuma dapat tahu tiangnya tercabut bersama dengan sangganya, sebab-sebab lain kita belum dapat pastikan lagi.

"Kita akan tengok aspek-aspek teknikal, butir-butir terperinci dalam pembinaannya serta integriti strukturnya."

malaysiakini

liputan sidang dun perak

lawati blog saudara idhamlim

Saturday, October 17, 2009

PASTI DUN PERAK BUBAR

HUJAHNYA :

1. PM NAJIB TURUN KE PERAK

2. PERAK DIPILIH PELANCARAN 1 MALAYSIA
3. POSISI KAUM NEGERI PERAK MENGAMBARKAN 1 MALAYSIA
4. NEGERI PERAK KECOH DI BAWAH ZAMBRY

5. SIDANG DUN PERAK 28 OKT AKAN KECOH LAGI
6. BAJET NEGERI PERAK TIDAK DAPAT DIBENTANG
7. PERAK ADA 2 MB SAH DAN HARAM

8. PERAK ADA 2 SPEAKER SAH DAN HARAM

9. GANESAN SPEAKER HARAM SIVAKUMAR SPEAKER SAH
10. 3 WAKIL RAKYAT BEBAS MUNGKIN TAK SOKONG BN

11. ZAMBRY TAK DAPAT SOKONGAN PENUH BAHAGIAN UMNO