Tuesday, September 8, 2009
Doakan keselamatan dan kejayaan kami
Saya akan berangkat ke Mesir pada hari ini 8 September - 15 September sebagai wakil Jaringan Muafakat Pertubuhan Islam Perak ( JAMA'IY) untuk menyampaikan Dana Rakyat Perak yang telah dilancarkan pada Januari yang lalu semasa pemerintahan Pakatan Rakyat . Sumbangan ini adalah yang buat kali kedua setelah sumbangan yang pertama diserahkan pada bulan Februari yang lalu . Rombongan kami kami seramai 4 orang yang terdiri daripada Dr Khairuddin Bin Dato' Abdul Malik selaku Pengerusi JAMAIY, tuan Haji Mokhtar Bin Hamzah dan Saudara Mustafa Mansur . Kami akan berlepas pada jam 11.45 malam ini dengan menaiki penerbangan Egypt Airlines di Lapangan Terbang KLIA . Antara program yang telah disusun adalah perjumpaan dengan wakil Hamas dan perjumpaan dengan pelajar Malaysia . Terima kasih di atas sumbangan anda semua dan Tabung Dana Palestin Perak anjuran JAMA'IY masih lagi di buka kepada mana-mana pihak yang ingin menyumbang .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
semoga selamat pergi dan pulang ke tanahair...
ReplyDeleteSalam untuk Citra Madani, selamat berpuasa dan selamat menyambut 1 syawal nanti InsyaAllah...
ReplyDeleteTahniah dan syukur semoga kerja-kerja mulia di berkati Allah Yang Esa......Selamat pergi dan kembali dengan selamat ketanahair. aminnnnnnn