Thursday, September 16, 2010

PEMILIHAN KEPIMPINAN KEADILAN 2010

Pemilihan Kepimpinan dalam Parti Keadilan Rakyat pada tahun 2010 ini merupakan satu lagi ujian kematangan para pemimpin dan ahli-ahli parti untuk membuktikan bahawa keadilan adalah sebuah parti masa depan yang dinamik, yang menjadi parti harapan rakyat pelbagai kaum di negara ini. Sejak 10 tahun yang lalu ternyata keadilan mampu menempuh pelbagai masalah yang merangkumi masalah rakyat, pakatan rakyat dan termasuklah masalah dalaman parti. Dalam usia yang muda parti ini berupaya memberi sumbangan yang besar kepada politik tanahair sehingga mengetuai bilangan ahli parlimen di Dewan Rakyat, mengetuai kerajaan negeri Selangor, dan mendapat bilangan kerusi yang membanggakan di peringkat dun-dun seluruh negara.

Dalam Konteks pemilihan dalam parti, walaupun kononnya terdapat perpecahan disebabkan kepelbagai pemimpin dan ahli-ahli yang menwakili ngos, bekas umno dan reformis, namun realitinya keadilan masih bertahan dan digeruni oleh banyak pihak termasuklah UMNO. Seperti yang disepakati oleh ahli-ahli parti dalam Kongres Khas parti untuk menjadikan keadilan sebuah parti yang mengamalkan demokrasi, sudah tentu pemilihan ini, ingin melihat sejauh mana demokrasi dalam parti benar-benar di terjemahkan di alam realiti.

Menurut ustaz Zulkifly Ibrahim, Ketua Penerangan keadilan Perak , beliau menyokong kenyataan DSAI, Ketua Umum parti bahawa " Saya menginginkan persaingan yg sihat; dengan semua calon yang dikemuka mematuhi etika pemilihan sepenuhnya dan tidak mendakwa mendapat restu saya" Menurut ustaz zulkifly lagi mana-mana calun yang menggunakan nama Anwar dan keluarganya dalam pemilihan ini, adalah yang tidak mempuyai kredibiliti tersendiri, hanya mampu menumpang kewibawaan orang lain.

Tambah ustaz Zulkifly lagi, mantan Pengerusi Keadilan Perak, parti keadilan rakyat adalah sebuah parti yang meninginkan satu budaya ujud dalam politik tanahair dengan slogan Politik baru, budaya baru dapat direalisasikan dalam Keadilan ini. Bila ditanya dengan iklim pemilihan yang sedang berlangsung beliau mengutarakan beberapa pandangan :-

1. Pemilihan kepimpinan 2010 ini, biarlah benar-benar terbuka kepada calun-calun nyang layak. Tidak timbul persoalan perpecahan dalam parti. Ada pandangan jawatan Timbalan Presiden tidak di pertandingkan untuk mengelak daripada berlakunya perpecahan dalaman adalah tidak munasabah.

2. Pemilihan kali ini asas penilaian terhadap calun kepimpinan adalah mereka yang setia dan berada dalam parti sejak ditubuhkan. Calun dari golongan muda hendaklah dipertimbangkan disamping telah melaksanakan tanggungjawab terhadap tugasan yang diberikan oleh parti dengan cemerlang. Calun yang dipilih hendaklah juga disenangi oleh ahli-ahli dan tidak pernah menimbulkan konflik didalam parti sebelum ini.

3. Sebagai parti yang mengamalkan politik baru budaya baru, penggunaan politik wang yang dilakukan oleh calun-calun hendaklah ditolak. Perbuatan caci dan menabur fitnah terhadap calun saingan yang dilakukan oleh calun yang bertanding tidak sesuai berada dalam kepimpinan parti. Dan yang paling penting calun yang bertanding mestilah mempunyai fikrah yang baik dari sudut agamanya, kemampuan berinteraksi dengan ahli-ahli dari pelbagai kaum, dan berupaya menarik lebih ramai kaum melayu menyertai parti keadilan rakyat.

Bila ditanya mengenai desakan dan permintaan Majlis Pimpinan Negeri Perak terhadap Pengerusi, MPN Perak untuk bertanding jawatan timbalan Presiden, beliau menyatakan Sdr Mustafa Kamil Ayub layak menduduki jawatan tersebut. Beliau seorang pemimpin yang pernah berada dalam kepimpinan utama parti seperti Pemangku Pemuda Keadilan Nasional, pernah menjadi Setiausaha Agung Parti , mengetui beberapa biro penting parti seperti biro latihan , biro antarabangsa dan juga sekarang sebagai Naib Presiden Parti. Beliau antara pemimpin yang senior dalam parti keadilan Rakyat. Beliau juga pernah diberi kepercayaan menjadi pengerusi Sarawak, terangganu dan sekarang negeri Perak

Sebagai pemimpin dari Perak, sudah tentu Kepimpinan Negeri Perak mendokong Sdr Mustafa Kamil Ayub untuk jawatan Timbalan Presiden. Ustaz Zulkifly mengesa semua cabang-cabang dalam negeri Perak dapat mencalunkan sdr Mustafa sebagai calun Timbalan Presiden parti dalam pemilihan yang berlangsung bermula minggu ini. Permuafakatan pemimpin dan ahli-ahli cabang terhadap sdr mustafa kamil sangat penting kerana pemilihan beliau nanti akan memberi kesan yang tinggi untuk memulihkan imej keadilan Perak akibat daripada kemelut negeri Perak dengan melompatnya dua exco keadilan pada tahun 2009 yang lalu.

Terima kasih

ZULKIFLY IBRAHIM

No comments:

Post a Comment