Thursday, October 20, 2011

Kadar kemiskinan bandar semakin meningkat, sesuatu perlu dilakukan

Dewan Pemuda Pas Kawasan Titiwangsa (DPPKT) merasa bimbang dengan peningkatan kadar kemiskinan bandar di Kuala Lumpur yang semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Tinjauan serta penemuan maklumat hasil dari program turun padang DPPKT ke tengah-tengah masyarakat, didapati kadar kemiskinan bandar semakin bertambah dari tahun ketahun.

Timbalan Ketua, Dewan Pemuda Pas Kawasan Titiwangsa, Mohd Shahir Abu Hassan berkata, dalam senarai penduduk fakir miskin di sekitar Parlimen Titiwangsa sendiri, pihaknya mendapati tidak kurang 1200 keluarga yang didapati berada dalam keadaan fakir miskin yang perlu dibantu.

Menurutnya, daripada senarai tersebut, seramai 200 keluarga adalah terdiri daripada keluarga miskin tegar dan berbeza dengan jumlah yang diperolehi oleh DPPKT sebanyak 500 sahaja tahun lepas, ia meningkat sekali ganda tahun ini.

"Mereka ini terdiri daripada pelbagai kategori seperti fakir miskin, OKU, ibu tunggal, anak-anak yatim, warga emas, dan lain-lain lagi. Kebanyakan mereka menetap di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan lebih malang lagi, ramai mereka terdiri dari bangsa Melayu.

"Antara foktor utama mengapa kadar kemiskinan bandar semakin meningkat adalah kerana kos hidup yang semakin meningkat sementara pendapatan rakyat pula khususnya golongan yang berpendapatan rendah tidak meningkat secara ketara.

"Ada antara mereka yang berpendapatan tidak lebih dari RM700 sebulan seisi keluarga. Dengan jumlah pendapatan sebanyak ini dan tidak dapat membayangkan bagaimana keadaan hidup mereka" katanya dalam satu kenyataan media pihaknya.

Malahan, kebanyakan mereka mempunyai anak serta tanggungan yang ramai. Maka tidak mustahil gejala sosial turut meningkat seperti pecah rumah, kecurian, samun, ragut, dadah sehingga kepada pergaulan bebas, perzinaan, rogol dan lain-lain lagi.

Menurutnya, bagi meringkan bebanan hidup ini, DPPKT bersama Dewan Muslimat Pas Kawasan Titiwangsa akan menggerakkan ‘Operasi Ziarah Kasih’ setiap bulan bagi membantu golongan ini.

"Diharapkan program ini yang akan diadakan ini lebih membantu warga kota menjalani hidup yang semakin mencabar ini," katanya.

sinar harian

No comments:

Post a Comment