Wednesday, July 22, 2009

Berapa Banyak "Korban" Perlu Sebelum Kita "Sedar"..?

By: Perisik Rakyat

Setelah 2 tahun menjadi penulis kolum ini, ini adalah kali pertama saya menulis dengan hati yang penuh kesedihan dan kesusahan.

Pada 16/07, saya telah menerima sms mengenai kes kematian Beng Hock di pejabat MACC, saya tidak dapat mempercayainya dan telah medapatkan kesahihan berita tersebut melalui telefon... Pada petang 15/07, Beng Hock telah dibawa ke pejabat MACC untuk siasatan peruntukan ADUN Seri Kembangan, saya terfikir, ini adalah peluang keemasan bagi saya untuk mengetahui "rahsiah" bagaimana mereka menjalani sesuatu siasatan dengan menemui Beng Hock selepas beliau dibebaskan.

Namum tidak sampai 24 jam, saya tidak berpeluang lagi untuk menemui Beng Hock.

Saya, begitu juga dengan orang ramai, tidak dapat menerima berita kematian Beng Hock dan timbul pelbagai pertanyaan mengenai bagaimana, mengapa, kenapa kematian Beng Hock.

Sebelum ini, Saya sering bertemu Beng Hock di aktiviti tempatan kerana beliau berkhidmat di Seri Kembangan (Penolong ADUN Seri Kembangan, Eun Yang), maka dengan adanya peluang itu, hubungan kita menjadi semakin rapat, mungkin faktor sebaya juga mendorong kepada itu. Beng Hock adalah remaja yang penuh dengan semangat, kenapa dia harus membunuh diri sedangkan dia telah bercadang untuk bertunang dengan teman wanitanya dan siasatan juga tidak tuju kepadanya.

Terdapat pelbagai soalan yang timbul dari kes ini dan saya tidak mahu berhurai panjang lagi kerana saya menggap media telah memberikan laporan yang lengkap mengenainya. Kes kematian ini adalah berlaku di Bangunan MACC dan masa beliau disiasat oleh MACC, maka bukan caranya untuk MACC menolak tanggungjawab tersebut dengan menjawab mereka "Tak Tahu".

MACC yang sering melaungkan kata pembaharuan, apakah usaha yang telah dilakukan mereka untuk mencapai matlamat ini?Alasan yang diberikannya dalam kes Beng Hock sudah cukup menunjukkan "usaha" mereka.

Bukan susah nak cari kes-kes di Malaysia, beberapa contoh disini, laporan kes kugan yang mati di lokap polis, kenapa laporannya penbedahan bertentangan antara 2 doktor? video lingam, apa kesudahannya? keruntuhan Stadium Terengganu, siapa yang perlu bertanggungjawab? kes Badan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) yang masih tidak diselesaikan? Laporan ketua audit negara?... Sekiranya salah satu daripada kes tersebut berlaku di negara lain, sudah pasti ia akan mengugat sesebuah kerajaan, tapi Malaysia, masih ada rakyat yang melihat isu ini tidak berkait dengan kehidupan harian mereka, dan mereka akan lupa selepas sesuatu masa.

Mereka yang tidak peka terhadap isu semasa inilah yang menyebabkan kes ini sering berulang di Malaysia, dan beberapa biji gula (hadiah) sudah memadai untuk mereka memaafkan/lupa kejadian ini.

Saya tidak dapat menghadiri upacara peringatan Beng Hock kerana berada diluar negara, saya cuma boleh menyeru supaya rakyat tidak sia-siakan pengorbanan seorang anak remaja ini. Pengorbanan ini sudah cukup dan kita tidak mahu satu lagi kes beng Hock daripada berlaku. Kepada Rakyat Malaysia, pekalah terhadap isu di sekitar anda, ubah penyakit mudah lupa itu, masyarakat kita perlukan satu pembaharuan.

Penulis SinChew Daily
Ling Guo Wen
http://opinions.sinchew-i.com/node/10796

No comments:

Post a Comment