Tuesday, July 28, 2009

Nizar: Isu Lilin tidak perlu jadi kontroversi ulama

by : bumiperak

SUNGAI SIPUT 28 Julai 09. Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak Dato Seri Mohd Nizar Jamaluddin berkata tindakan memegang lilin bagi mengingati kematian Setiausaha Politik kepada Exco Selangor, Teoh Beng Hock sepatutnya tidak dijadikan isu para ulama dan cerdik-pandai Islam kerana banyak lagi isu besar lain yang lebih sesuai dan layak untuk dikeluarkan fatwa.

Ujarnya banyak lagi perkara-perkara besar dan jauh lebih khurafat yang perlu diberi penekanan oleh golongan mufti atau cendikiawan Islam berkaitan fatwa. Seharusnya Fatwa diwujudkan berkenaan amalan rasuah, hukum ISA atau tidak memakai tudung wanita Islam.
Beliau berkata demikian di Majlis Pelancaran tabung ekonomi asrama anak-anak yatim dan miskin Nurul Ihsan, Sungai Siput.

Tambahnya, tindakan yang dilakukan (pegang lilin) sebagai menghormati budaya mendiang Teoh dan bukan amalan kerap dilakukan. "Jika hendak dikaitkan dengan Fatwa, terlalu banyak yang boleh kita persoalkan. rampasan kuasa, acara hiburan yang diluluskan, apa hukumnya" katanya. bp

1 comment:

  1. MEMANGLAH PUAK UMNO NI DIA SUSAH NAK FAHAM LILIN BUKAN ISU YANG BESAR BANYAK LAGI ISU YANG BESAR. BAGAIMANA PERUNTUKAN RM 500.000 BOLEH HABIS DALAM MASA SATU BULAN ITU SPRM TAK NAMPAK MUNGKIN MATA DAH BUTA KOT. ANAK SAYA PUN TIUP JUGAK BILA SAMBUT HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN NYA TAPI SAYA RASA BUKAN ANAK SAYA JER TAPI SEMUA ORANG BUAT MACAM TU KOT

    ReplyDelete