Wednesday, October 19, 2011

Tayang video seks mirip Anwar

KUALA KANGSAR – Dua laporan berasingan dibuat oleh Pakatan Rakyat (PR) mendakwa Kerajaan Negeri menayangkan video seks mirip Anwar Ibrahim pada Majlis Penerangan Perdana di Dewan Jubli Perak, di sini, Sabtu lalu dan dakwaan terhadap Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah.

Laporan berkenaan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar pada jam 10.30 pagi dan dihadiri kira-kira 20 ahli parti Pas, PKR dan DAP.

Ketua Penerangan PKR Negeri, Zulkifly Ibrahim berkata, semasa majlis penerangan berkenaan berlangsung, ada ditayangkan video seks Anwar beberapa kali.

Menurutnya, pihaknya berpendapat video itu tidak wajar ditayangkan kepada peserta kerana ia belum terbukti kesahihannya dan masih dalam siasatan polis.

“Kami kecewa kerana video itu terdapat unsur seks dan tidak bermoral tetapi ditayangkan kepada umum.

“Tayangan ini juga menyalahi perundangan negara kerana melibatkan aspek moral keterlaluan dan penganjur juga tidak bertamadun bersikap sedemikian,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di perkarangan Masjid Ridzwaniah sebelum membuat laporan polis, semalam.

Zulkifly berkata, pihak penganjur yang melibatkan mereka berpangkat Menteri, Timbalan Menteri, Exco Kerajaan Negeri dan pegawai-pegawai kanan Kerajaan Negeri seolah-olah menyalahgunakan kuasa.

“Lebih 2, 000 peserta terdiri daripada kakitangan kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), pemimpin masyarakat dan penduduk hadir pada majlis penerangan itu,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, anggota parti pembangkang yang hadir ke majlis berkenaan ada terdengar Ahmad Maslan menyebut tentang video seks Anwar di dalam ucapannya.

“Kami menganggap ucapan itu menyalahi undang-undang kerana kes ini juga masih lagi dalam siasatan dan belum selesai.

“Ini salah satu usaha dan fitnah memburukkan nama Anwar, kami buat laporan polis dengan harapan siasatan dilakukan kerana ia melibatkan maruah dan kesalahan perundangan,” katanya.

-sinar harian-

No comments:

Post a Comment