Sunday, August 2, 2009

Imbas kembali...6 ADUN PR dihalang masuk Mesyuarat di Bangunan SUK

IPOH 30 Julai 09 " KAMI tidak faham kenapa tidak dibenarkan masuk, pada hal hanya untuk mengadakan mesyuarat, bukan membuat kacau dalam Bangunanan SUK. Jika Setiausaha Kerajaan Negeri sekali lagi masuk campor dalam soal ini, laporan polis akan dibuat atas sebab menghalang wkil rakyat daripada menjalankan tanggungjawap mereka" kata YB V.Sivakumar. Saya Yang Dipertua Dewan Negeri yang sah dan ahli-ahli jawatankuasanya mahu mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Hak & Kebebasan di bilik Yang Dipertua atau bilik mesyuarat. Tujuannya adalah untuk menyiasat aduan yang dibuat oleh ADUN Pokok Assam YB Yee Sui Kai terhadap Dato Ganesan berkaitan dengan insiden 7 Mei Dewan Negeri Perak.


Apabila YB V.Sivakumar dan ahli-ahli jawatankuasanya sampai ke pintu masuk Bangunan Perak Darul Ridzuan, polis telah menghalang dan menutup pintu masuk tersebut. Alasan yang diberikan oleh polis ialah mereka hanya menjalankan tugas. Arahan telah dikeluarkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri untuk tidak membenarkan Jawatankuasa itu masuk ke dalam kawasan Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Tindakan Setiausaha Kerajaan Negeri dan pihak polis adalah bertentangan dengan seksyen 124 Kanun Keseksaan. Kejadian di luar Bangunan Perak Darul Ridzuan tersebut disaksikan oleh orang ramai.

Oleh kerana polis telah menghalang jawatankuasa itu daripada bermesyuarat di Bangunan Perak Darul Ridzuan, maka mesyuarat tersebut terpaksa diadakan di salah sebuah bilik mesyuarat di Hotel Syuen, Ipoh.

YB V.Sivakumar telah membuat laporan polis dengan harapan pihak polis akan mengambil segala tindakan undang-undang yang wajar supaya membela kedaulatan undang-undang negara dan menegakkan keadilan.

Sumber :http://speakforperak.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment