Thursday, August 20, 2009

Pilihanraya Lagi


Alor Setar - Kerajaan Pakatan Rakyat akan diuji oleh Allah SWT lagi. Selepas Bukit Selambau, Negeri Kedah Sejahtera bakal menghadapi pilihanraya kecil. Tapi kali ini kemungkinan di N3 Kota Siputeh, setelah ADUN nya Datuk Abu Hasan Sarif gagal menghadiri sidang DUN sebanyak dua kali berturut-turut dengan tanpa kebenaran. Berita lanjut di sini .

Adakah ini tanda-tanda kehancuran UMNO/BN yang cuba ditunjukkan oleh Allah S.W.T kepada kita. Kerana kebatilan dan kepalsuan mereka akan lenyap dan hancur ....

Allah Berfirman dalam Surah Al Israak pada Ayat 81 yang berbunyi. A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Dan katakanlah: "Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap." Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap. " ShodaqALLAHul'Azim.

Namun begitu bagi kita pendokong Kerajaan Pakatan rakyat jangan terus leka. Berjuanglah berterusan sehingga tanahair kita Malaysia ini dapat diperintah oelh tangan-tangan yang memiliki kebaikan dan keadilan.





Statistik Dun Kota Siputeh

Jumlah Pengundi: 20,281


Peratusan Kaum: M:91.69% C:7.46% I:0.08% L:0.78%

1. Datuk Abu Hassan Sarif (BN) (8,160)

2. Ismail Wan Teh (Pas) (7,665)

Majoriti: 495

Jumlah undi: 16,103

Peratus mengundi: 79.4%

Undi rosak: 278

Penyandang: Abu Hasan Sarif (BN)

(Majoriti: 1,573 undi )

KITA ADA HARAPAN UNTUK MENANG

1 comment:

  1. MUHAHAHAHAH
    AKU MEMANG RASA SIMPATI TERHADAP WAKIL RAKYAT BN. TAKDE IMBUHAN LANGSUNG, HINGGA KENA BANGKRAP, YG MENDAPAT DURIAN RUNTUH ADALAH SI KATAK YG MELOMPAT KELUAR DARI PAKATAN. KLU MCM TU, LEBIH BERBALOI MENJADI ADUN PR
    HE HE HE EHE

    ReplyDelete